Penglibatan UiTM dalam Tatakelola dan Mesyuarat Pembangunan di Kementerian Pendidikan Tinggi
Title
Subject
Description

Alhamdulillah sepagian Jumaat di KPT, sempat menghadiri majlis bersama Datuk Dr. KSU sebagai pegawai pengawal kementerian untuk memastikan tatakelola dan semakan berlaku di seluruh sistem kementerian. Sesi libat urus yang amat bermanfaat.
Sebelum itu, mempengerusikan mesyuarat integriti secara dalam talian bagi memastikan aduan-aduan dan kes-kes tatatertib diputus seadilnya, insya-Allah. Terima kasih kepada semua ahli LPU, PUU KPT dan PUU UiTM yang secara konsisten memberi komitmen menyelesaikan kes-kes tatatertib.
Sebelum Jumaat, membuat pembentangan di Mesyuarat Pemeriksaan Peruntukan Pembangunan (DE) Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi permohonan program/projek sambungan dan baharu dalam tempoh RP2 Tahun 2027 RMKe-13. Insya-Allah semoga keperluan pembangunan UiTM mendapat perhatian dan sokongan KPT untuk pertimbangan KE.
Moga kita direzkikan yang terbaik, insya-Allah, amin.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM2030 #UiTM7dekad
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️