Keberangkatan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga UiTM
Title
Subject
Description
Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadan) bersama warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertempat di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.
Majlis turut dihadiri Tan Sri dan Datuk Pro Canselor, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Ahli Majlis Eksekutif Universiti, Penolong Naib Canselor, Dekan, Pengurusan Universiti Teknologi MARA, Majlis Perwakilan Pelajar dan Mahasiswa Universiti Teknologi MARA. Terima kasih juga kepada Orang Besar Daerah dan Orang Besar Istana Selangor yang turut hadir meraikan majlis.
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri juga berkenan menyampaikan sumbangan bantuan kepada pelajar dan kakitangan yang memerlukan dan Orang Kurang Upaya.
Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor.