Perkongsian Pagi Jumaat : Pesanan Surah Luqman tentang Adab, Ketaatan dan Mencari Keredaan Allah

Title

Perkongsian Pagi Jumaat : Pesanan Surah Luqman tentang Adab, Ketaatan dan Mencari Keredaan Allah

Subject

Surah Luqman, Luqman al-Hakim, Pendidikan Akhlak, Tauhid, Berbakti kepada Ibu Bapa, Solat, Kesabaran, Adab, Keredaan Allah, Surah al-Tawbah, Hadis, Doa, Ibn Kathir

Description

Salam Jumaat, Surah Luqman ialah surah ke-31 dalam al-Quran. Antara yang mashur di dalam surah ini adalah pesan Luqman kepada anaknya, tersurat dari Ayat 12–19 yang mengandungi banyak pengajaran tentang hikmah, tauhid, berbakti kepada ibu bapa, solat, kesabaran dan adab.
يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Surah Lukman 17)
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Lukman 18)
Antara kisah lain yang dinukil oleh Ibn Kathir dalam karyanya Al-Bidayah wa al-Nihayah ialah kisah Luqman al-Hakim, anaknya dan seekor keldai, sebuah cerita pengajaran tentang manusia yang tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang, walau apa pun yang dilakukannya.
Keredaan yang perlu dicari hanyalah keredaan Allah, bermaksud berusaha menjalani kehidupan dengan cara yang dicintai dan diredai-Nya, melalui keimanan, ketaatan, keikhlasan, akhlak yang mulia serta amal soleh.
Kehidupan hari ini penuh dengan pencarian approval, views, likes, thumbs up, pujian, sanjungan, anugerah yang hakikatnya mencari reda manusia.
Allah SWT berfirman:
وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللَّهِ أَكْبَرُ
“Dan keredaan daripada Allah itu lebih besar (nilainya daripada segala nikmat yang lain).”
(Surah al-Tawbah, 9:72)
Maka sama-samalah kita berusaha mencari reda Allah, yang terdekat duduknya adalah melalui kaedah mencari reda kedua ibu bapa kerana itu antara jalan mendapat reda Allah.
رِضَا الرَّبِّ فِي رِضَا الْوَالِدِ، وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ
“Keredaan Tuhan terletak pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Tuhan terletak pada kemurkaan ibu bapa.”
(Jami‘ al-Tirmizi, hadis no. 1899.)
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّةَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon keredaan-Mu dan syurga, dan aku berlindung kepada-Mu daripada kemurkaan-Mu dan api neraka.”
Allahumma Amin.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan pengajaran Surah Luqman tentang tauhid, akhlak dan adab, kepentingan berbakti kepada ibu bapa serta seruan mengutamakan keredaan Allah berbanding pujian dan pengiktirafan manusia.

Hantaran ini turut merujuk kepada ayat al-Quran dan hadis

Format

Digital Text, PNG Image 

Language

Malay, Arabic (Quran Verses, Hadith)

Type

Social Media Posting (Facebook), Islamic Prayer, Religious Advice

Coverage

Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19jmZLfX7e/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Pagi Jumaat : Pesanan Surah Luqman tentang Adab, Ketaatan dan Mencari Keredaan Allah,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2430.

Output Formats