Aspirasi Naib Canselor UiTM sempena peluncuran dokumen Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035

Title

Aspirasi Naib Canselor UiTM sempena peluncuran dokumen Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035

Subject

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, Pendidikan Tinggi, Aspirasi Kepimpinan, UiTM, Malaysia MADANI

Description



Aspirasi Naib Canselor UiTM sempena peluncuran dokumen Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035.

  1. Tahniah kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas penghasilan satu dokumen yang holistik dalam memperkasa ekosistem pendidikan tinggi negara.

  2. Dokumen ini merupakan satu aspirasi yang dinamik dengan mengambil kira perubahan dan perkembangan pendidikan tinggi di peringkat global dan nasional.

  3. UiTM sebagai sebuah universiti yang mempunyai jumlah pelajar yang besar, iaitu lebih 196,000 pelajar serta staf akademik dan pentadbiran seramai lebih 19,000 orang, akan melaksanakan penyampaian pendidikan tinggi yang berkualiti agar dapat menempa nama yang baik sebagai satu keluarga besar KPT.

  4. Melalui perangkaan Pelan Strategik UiTM2030, UiTM bersama-sama membantu menggerakkan transformasi negara berteraskan pendidikan fleksibel, tadbir urus yang baik, pemerkasaan kebolehpasaran dan keusahawanan graduan merangkumi pemerkasaan jati diri pelajar, inovasi pendigitalan dan kecerdasan buatan, serta pengantarabangsaan berfokus bagi memastikan impak yang jelas kepada ekonomi, industri dan kesejahteraan komuniti, seterusnya memberi kembali kepada negara dan masyarakat.

  5. Penyelidikan yang berimpak dan lestari turut diberi penekanan agar hasrat RPTM, iaitu dapatan kajian digabung jalin untuk kesejahteraan masyarakat, dapat direalisasikan.

  6. Selari dengan lantikan UiTM sebagai rakan strategik KPT dalam pembangunan Pelan Tindakan RPTM 2026–2028 yang akan digerakkan secara menyeluruh oleh semua agensi, unit, jabatan serta institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di bawah KPT, UiTM melalui pendekatan ekosistem bersepadu akan bersama-sama menyokong dan menjayakan agenda Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 ini.

  7. UiTM terus komited memperkukuhkan penyampaian fleksibel berasaskan hasil dan impak dengan memanfaatkan tadbir urus berprestasi tinggi, pengurusan berasaskan data serta sinergi strategik bersama KPT, industri dan komuniti bagi memastikan setiap inisiatif RPTM 2026–2035 diterjemahkan kepada pencapaian yang mampan dan bernilai tinggi untuk negara Malaysia.

Pagi ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), program dimulakan dengan Majlis Perutusan Tahun Baharu 2026 oleh YBM Kementerian Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr Zambry Abd. Kadir.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Kementerian Pendidikan Tinggi

Date

Relation

Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, UiTM2030, Malaysia MADANI

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Post (Facebook), Official Statement, Policy-Related Event Record

Coverage

Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/17mni5V3LU/

Files

YBM KPT Perutusan Tahun Baru (1).jpg
YBM KPT Perutusan Tahun Baru (2).jpg
YBM KPT Perutusan Tahun Baru (3).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Aspirasi Naib Canselor UiTM sempena peluncuran dokumen Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 20, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1899.

Output Formats