Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Tun Hasmah

Title

Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Tun Hasmah

Subject

Allahyarhamah Tun Hasmah, Penghormatan Terakhir, Solat Jenazah, Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, UiTM, MMU, Canselor MMU, Ijazah Kehormat Doktor Sains Kesihatan, Konvokesyen Ke-55 UiTM

Description



Alhamdulillah lewat petang semalam, selesai mempengerusikan temuduga pensyarah, terus ke Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, bagi memberi penghormatan terakhir kepada seorang insan yang menjadi ibu kepada ramai, waktu hayatnya dengan perwatakan yang sangat lembut, tidak pernah berhenti memberi nasihat dan bait-bait kata yang keluar dari bibirnya menusuk ke kalbu insan yang mendengar.

Sempat bertemu dan bersalaman dengan beberapa orang bekas pemimpin negara dan kenamaan termasuk YAB DS Perdana Menteri. Mesra bersama rakan MMU yang hadir kerana kami sempat memberi khidmat semasa Almarhumah Tun Hasmah menjadi Canselor MMU.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga mengiktiraf sumbangan besar Almarhumah Tun Hasmah kepada negara dengan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Sains Kesihatan di Konvokesyen Ke-55 UiTM pada tahun 2002.

Selesai sahaja solat Asar, di ruang parkir berkhemah kerana ramainya masyarakat yang menziarah, kami naik ke Masjid untuk Solat Jenazah, mendoakan arwah semoga Allah ampuni dia, kasihanilah dia, dan berikanlah kesejahteraan kepadanya.

إنا لله وإنا إليه راجعون

اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَها، وَارْحَمْـها،

وَعَافِها، وَاعْفُ عَنْـها

ٱلۡفَاتِحَةِ

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran berkaitan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Hasmah serta pengiktirafan UiTM terhadap sumbangan beliau melalui penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Sains Kesihatan pada Konvokesyen Ke-55 UiTM tahun 2002

Format

Digital Text, JPEG/PNG Image

Language

Malay, Arabic

Type

Social Media Posting (Facebook), Condolence, Memorial, Institutional Activity

Coverage

Masjid As Syarif, Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1DfLpA8q7j/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Penghormatan Terakhir kepada Allahyarhamah Tun Hasmah,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2418.

Output Formats