Ucapan Takziah atas Pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohamad Ali

Title

Ucapan Takziah atas Pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohamad Ali

Subject

Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohamad Ali, Ucapan Takziah, Pemergian, Doa, UiTM, Penghormatan, Kenangan, Tokoh Negara

Description

Perginya seorang insan yang begitu besar jasanya, meninggalkan rasa kehilangan yang amat mendalam dan sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata.

Dengan penuh dukacita, Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohamad Ali, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026, bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Pemergian Allahyarhamah mengundang sebak dan pilu. Namun, segala jasa, keteladanan, kelembutan budi serta sumbangan beliau akan terus terpahat dalam ingatan dan dikenang sepanjang zaman.

Sesungguhnya, insan yang baik tidak pernah benar-benar pergi. Namanya terus hidup dalam doa, jasanya kekal dalam kenangan, dan segala kebaikannya menjadi amal yang mengiringi perjalanan menuju ke negeri abadi.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa Allahyarhamah, rahmatilah rohnya, lapangkanlah kuburnya, terangilah tempat persemadiannya dan tempatkanlah beliau dalam kalangan hamba-Mu yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga Allahyarhamah dikurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

إنا لله وإنا إليه راجعون

اللَّهُـمَّ اغْفِـرْ لَها، وَارْحَمْـها،

وَعَافِها، وَاعْفُ عَنْـها

ٱلۡفَاتِحَةِ

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran berkaitan ucapan takziah UiTM atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohamad Ali serta penghormatan terhadap jasa, keteladanan dan sumbangan beliau

Format

Digital Text, PNG Image

Language

Malay, Arabic

Type

Social Media Posting (Facebook), Obituary, Condolence, Institutional Statement, Memorial

Coverage

Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1BdmppD9zV/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Ucapan Takziah atas Pemergian Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Haji Mohamad Ali,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2417.

Output Formats