Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UiTM ke SUKUM 2026
Title
Subject
Description
Petang Rabu, 5 Ogos 2026, bertempat di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Alhamdulillah direzekikan menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke Karnival Sukan Antara Staf Universiti Awam Malaysia (SUKUM) 2026.
Turut hadir Yang Berusaha Encik Ahmad Tarmizy Mohammed, Pengarah Pusat Sukan merangkap Timbalan Presiden Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM, dan Yang Berusaha Encik Ibrahim Khalil bin Othman Kamal, Timbalan Bendahari UiTM merangkap Bendahari PSKK UiTM.
Kekuatan kontinjen UiTM terdiri daripada seramai 262 orang atlet menerusi 21 jenis acara sukan, antara kontinjen terbesar yang menyertai SUKUM kali ini.
Memesan untuk memelihara akhlak, menjaga nama baik universiti dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, mengeratkan silaturahim sesama rakan sepasukan dan warga staf Universiti Awam serta menampilkan integriti dan profesionalisme terbaik UiTM.
Sebelah malam menyantuni pasukan basikal yang terdiri daripada atlet pelbagai kampus.
Sama-sama kita doakan kejayaan kontinjen UiTM, amin.