Perkongsian Hantaran : Tahniah kepada Naib Canselor dan Warga UTHM atas Penggunaan Logo Rasmi Baharu
Title
Perkongsian Hantaran : Tahniah kepada Naib Canselor dan Warga UTHM atas Penggunaan Logo Rasmi Baharu
Subject
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Logo Rasmi Baharu, Tulisan Jawi, Pemartabatan Tulisan Jawi, Warisan Bangsa, Khazanah Budaya Negara, Kementerian Pendidikan Tinggi
Description
تهنيئه کڤد ناءيب چنسلور، دان سلوروه ورݢ اونيورسيتي تون حسين عون مليسيا (UTHM) اتس ڤڠݢوناءن لوݢو راسمي بهارو يڠ دسرتاکن دڠن توليسن جاوي باݢي ڤرکاتاءن اونيورسيتي تون حسين عون مليسيا دالم ممرتبتکن توليسن جاوي سباݢاي واريثن بڠسا دان خزانه بودايا نݢارا.
تهنيئه!
_____________________________________________________________________
Perkongsian Hantaran Dari Page Facebook UTHM :
" 
#UTHMinfo I UTHM perkenal logo baharu berserta tulisan jawi, martabatkan warisan dan identiti universiti
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memperkenalkan penggunaan logo rasmi baharu yang disertakan dengan tulisan Jawi bagi perkataan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh identiti universiti di samping memartabatkan tulisan Jawi sebagai warisan bangsa dan khazanah budaya negara.
Pelaksanaan tersebut dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Bil. 2 Tahun 2026 bertarikh 21 Jun 2026 yang telah meluluskan penggunaan tulisan Jawi pada logo rasmi UTHM.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen universiti dalam menyokong aspirasi kerajaan untuk memperkasakan penggunaan tulisan Jawi di institusi pendidikan tinggi, sekali gus mengangkat nilai sejarah, budaya dan jati diri negara dalam landskap pendidikan tinggi Malaysia.
Penggunaan tulisan Jawi pada logo rasmi bukan sekadar penambahbaikan dari aspek visual, malah membawa makna yang lebih mendalam sebagai simbol penghargaan terhadap warisan peradaban Melayu-Islam yang menjadi sebahagian daripada identiti Malaysia.
Sehubungan itu, semua Pusat Tanggungjawab (PTj) diminta untuk menggunakan logo baharu bagi semua bahan dan tempahan baharu yang dihasilkan, manakala penggantian terhadap aset sedia ada hendaklah dilaksanakan mengikut garis panduan dan fasa yang telah ditetapkan.
Langkah ini juga selari dengan usaha UTHM untuk membentuk sebuah institusi yang progresif tanpa mengabaikan akar budaya dan nilai tradisi yang menjadi asas pembinaan tamadun.
Boleh muat turun logo baharu dipautan https://korporat.uthm.edu.my/.../8-logo/9-logo-rasmi-uthm
Untuk hebahan berita layari
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM
Date
Format
Digital Text, JPEG
Language
Malay, (Arabic (Jawi)
Type
Social Media Posting (Facebook), Official Congratulations, Institutional Greeting, Jawi Promotion
Coverage
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor, Malaysia
- Kementerian Pendidikan Tinggi, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1LcDbbD3WW/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Hantaran : Tahniah kepada Naib Canselor dan Warga UTHM atas Penggunaan Logo Rasmi Baharu,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2311.