Majlis Berbuka Puasa MADANI Bersama Perdana Menteri dan Kepimpinan Mahasiswa
Title
Majlis Berbuka Puasa MADANI Bersama Perdana Menteri dan Kepimpinan Mahasiswa
Description

Alhamdulillah berbuka di Seri Perdana menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang turut mengundang kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar. Universiti Teknologi MARA diwakili Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar. Di samping forum dan tazkirah, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan dan harapan kepada kepimpinan mahasiswa.
Alhamdulillah selesai solat Maghrib, YAB PM duduk menyandar tiang secara santai menyantuni kepimpinan mahasiswa bersekali kepimpinan KPT dan KPM. Terima Kasih YAB PM sangat santai dan sporting tadi dan menerima soalan-soalan dari yang hadir.
Turut hadir Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah dari Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia, juga Naib-Naib Canselor Universiti Awam. Mengambil peluang juga menyantuni semua yang hadir.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Majlis Berbuka Puasa MADANI Bersama Perdana Menteri dan Kepimpinan Mahasiswa,”
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Posting ( Facebook), Event Coverage
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1BSiEvQwix/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Berbuka Puasa MADANI Bersama Perdana Menteri dan Kepimpinan Mahasiswa,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 17, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1974.