Kayuhan Ramadan: Istiqamah Aktiviti Fizikal dan Penghayatan Nilai Perjuangan Islam

Title

Kayuhan Ramadan: Istiqamah Aktiviti Fizikal dan Penghayatan Nilai Perjuangan Islam

Subject

Kayuhan Dibulan Ramadhan, Penghayatan Peperangan Badar serta Pengisian Kerohanian Penghayatan Perjuangan Islam

Description



Kayuhan 1 Mac bersamaan 11 Ramadan 1447H. Alhamdulillah dengan cuaca yang nyaman, cuba beristiqamah walaupun dalam bulan Ramadan. Bertemu juga ramai penunggang basikal yang bottle cage-nya kosong ketika berkayuh, termasuk penunggang wanita yang bertudung. Aktiviti ini menjadi latihan mendidik jiwa bahawa ibadah puasa bukan halangan untuk menjalankan aktiviti fizikal.

Perkongsian ini turut mengingatkan kisah Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan tahun 2 Hijrah.

كُنَّا يَوْمَ بَدْرٍ كُلُّ ثَلَاثَةٍ عَلَى بَعِيرٍ، وَكَانَ أَبُو لُبَابَةَ وَعَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ زَمِيلَي رَسُولِ اللَّهِ ﷺ، قَالَ: وَكَانَ إِذَا كَانَتْ عُقْبَةُ رَسُولِ اللَّهِ ﷺ قَالَا: نَحْنُ نَمْشِي عَنْكَ، فَيَقُولُ: «مَا أَنْتُمَا بِأَقْوَى مِنِّي، وَلَا أَنَا بِأَغْنَى عَنِ الْأَجْرِ مِنْكُمَا»

Pada hari Badar, setiap tiga orang bergilir menaiki seekor unta. Nabi ﷺ bergilir dengan Ali dan Abu Lubabah. Apabila tiba giliran Nabi berjalan, mereka ingin menggantikan baginda, namun baginda bersabda:
“Kamu berdua tidak lebih kuat daripadaku, dan aku tidak lebih memerlukan pahala daripada kamu.”
(Riwayat Ahmad ibn Hanbal, Musnad Ahmad)

Umur Nabi ﷺ ketika itu sekitar 54 tahun dan hadis ini menunjukkan semangat juang, jihad, keadilan, kekuatan fizikal serta kesederhanaan Nabi ﷺ walaupun dalam bulan Ramadan.

Semoga Allah menurunkan nusrah ke atas umat Islam yang kini sedang dilanda musibah di Timur Tengah. Marilah bersama-sama memanjatkan doa untuk keamanan sejagat.

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.

وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا

Dan katakanlah: “Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah aku secara keluar yang benar serta berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong.”
(Al-Isra’ 79–80)

‎اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الْكِتَابِ، سَرِيعَ الْحِسَابِ، اهْزِمِ الْأَحْزَابَ، اللَّهُمَّ اهْزِمْهُمْ وَزَلْزِلْهُمْ

Ya Allah, Yang menurunkan Kitab, Yang cepat perhitungan-Nya, kalahkanlah sekutu-sekutu itu. Ya Allah, kalahkanlah mereka dan goncangkanlah mereka.
(Riwayat Muslim ibn al-Hajjaj)

Allahumma Amin 

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7 #UiTM2030 #UiTM7dekad
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Aktiviti Kayuhan Ramadan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic

Type

Social Media Posting, Activity Update

Coverage

Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1PEB7fU7bg/

Files

Vc Cycling Shah Alam 1 March 202 (1).jpg
Vc Cycling Shah Alam 1 March 202 (2).jpg
Vc Cycling Shah Alam 1 March 202 (3).jpg
Vc Cycling Shah Alam 1 March 202 (4).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Kayuhan Ramadan: Istiqamah Aktiviti Fizikal dan Penghayatan Nilai Perjuangan Islam,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 17, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1975.

Output Formats