Menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadan di Kompleks Antarabangsa UiTM
Title
Menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadan di Kompleks Antarabangsa UiTM
Subject
Penghayatan Ramadan, Khatam Al-Quran, Iftar dan pengukuhan ukhuwah warga UiTM
Description
Antara aktiviti minggu lalu, menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar di Kompleks Antarabangsa UiTM dengan tema “Ramadan: Menghimpun Jiwa Dalam Kesederhanaan.”
Penganjuran majlis bertujuan untuk menyemarakkan penghayatan Ramadan melalui program Khatam Al-Quran serta mengeratkan silaturahim antara warga UiTM dalam suasana berbuka puasa yang penuh harmoni dan keberkatan. Sempat juga menyampai ucapan dan tazkirah ringkas, Alhamdulillah.
Terima kasih semua warga Kompleks Antarabangsa atas jemputan!
• UiTM Global (UG)
• Institut Pengajian Siswazah (IPSis)
• Institut Sains (IOS)
• Pusat Pengurusan Risiko
• Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU (U-DServeD)
• Bahagian Pengambilan Pelajar
• Unit Kewangan Zon 23
Hari Khamis, Alhamdulillah sempat pula hadir Majlis Iftar Muhibbah Ukhwah Ramadhan, jalinan kerjasama dan apresiasi komitmen perunding Agenda UTAMA Plus UiTM anjuran HEP. Bersama warga Pusat Koku dan perunding projek persijilan AI dari seluruh kampus yang telah hadir sama dalam majlis berbuka puasa, antara usaha UiTM memastikan setiap mahasiswa mendapat satu sijil professional.
Disamping meningkat amalan diakhir Ramadhan, majlis berbuka menjadi platform untuk memperkukuh nilai ukhuwah, kebersamaan dan penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan warga UiTM.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Rangkuman Aktiviti
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Posting, Activity Update
Coverage
Kompleks Antarabangsa Universiti Teknologi MARA UiTM Shah Alam
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1BEMU89AMw/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Ramadan di Kompleks Antarabangsa UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/1995.