Majlis Berbuka Puasa di Istana Alam Shah Bersama Sultan Selangor

Title

Majlis Berbuka Puasa di Istana Alam Shah Bersama Sultan Selangor

Subject

Penghargaan jemputan berbuka puasa, pengukuhan ukhuwah dan penghayatan nilai Ramadan

Description



Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj atas perkenan jemputan untuk patik-patik bersama berbuka puasa di Istana Alam Shah.
Alhamdulillah dapat mengeratkan ukhwan dengan jemputan-jemputan lain ada yang memang jumpa sekali setahun. Selalunya bersama VC UPM dan dengan OKD Negeri Selangor.

Paling teruja duduk semeja berbuka dengan orang kampung kita, jutawan Segamat, walaupun pangkat adik di Sekolah Tinggi Segamat, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, usahawan berjaya , Pengarah Urusan / CEO Jakel Group, pasti orang Segamat kenal sangat, bermula dari sebuah kedai kecil di Jalan Aji, Segamat, membeli Panggung Rex menjadi Wisma Jakel.. dan kini empayar Jakel mempunyai cawangan di seluruh negara.

Teringat beliau menjadi juruwang kedai ayahnya dan belajar berniaga langsung dari arwah Ayahanda beliau. Semoga Allah berkati DS sekeluarga untuk terus membina perniagaan disamping istiqamah menyumbang kepada pembangunan orang Melayu dan Malaysia amnya.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Menghadiri Majlis Berbuka Puasa Diraja di Istana Alam Shah

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting, Event Appreciation

Coverage

Istana Alam Shah, Selangor

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/18TZ6YXYxt/

Files

VC_IstanaAlamshah_majlisberbukapuasaduraja16032026 (1).jpg
VC_IstanaAlamshah_majlisberbukapuasaduraja16032026 (2).jpg
VC_IstanaAlamshah_majlisberbukapuasaduraja16032026 (3).jpg
VC_IstanaAlamshah_majlisberbukapuasaduraja16032026 (4).jpg
VC_IstanaAlamshah_majlisberbukapuasaduraja16032026 (5).jpg
VC_IstanaAlamshah_majlisberbukapuasaduraja16032026 (6).jpg
VC_IstanaAlamshah_majlisberbukapuasaduraja16032026 (7).jpg
VC_IstanaAlamshah_majlisberbukapuasaduraja16032026 (8).jpg
VC_IstanaAlamshah_majlisberbukapuasaduraja16032026 (9).jpg
VC_IstanaAlamshah_majlisberbukapuasaduraja16032026 (10).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Berbuka Puasa di Istana Alam Shah Bersama Sultan Selangor,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 14, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1996.

Output Formats