Menandatangani Memorandum Persefahaman antara UiTM dan UMK untuk Perkongsian Bahan Perpustakaan
Title
Subject
Memorandum of Understanding (MoU), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK),Academic collaboration, Library resource sharing,Higher education in Malaysia
Description

Dengan berkat pagi Jumaat, 24 Oktober 2025, penghulu segala hari, termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi perkongsian capaian kepada bahan rujukan dan koleksi bahan daripada perpustakaan UiTM dan UMK.
UMK diwakili oleh adinda sahabat kami, Yang Berbahagia Dato’ Profesor Ir. Ts. Dr. Arham bin Abdullah. Kami pernah sama-sama berkhidmat sebagai Pengarah di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Sekilas pandang, kelihatan seperti berat sebelah kerana UiTM mempunyai 39 perpustakaan di 13 cawangan, manakala UMK hanya mempunyai tiga cawangan. Namun begitu, sinergi yang terjalin secara menang-menang ini tetap akan membawa kejayaan melalui kekuatan yang dikongsi bersama, InsyaAllah.