Tahniah kepada Encik Euan Daryl Smith atas Pelantikan sebagai Ahli CEO@Faculty Programme
Title
Subject
Description

Tahniah kepada Encik Euan Daryl Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Berhad atas pelantikan sebagai ahli CEO@Faculty Programme. Beliau telah meluangkan masa untuk membuat kunjungan hormat dan bersetuju menerima surat lantikan, Alhamdulillah.
Lama juga tidak berjumpa “orang kampung” kita dari Yorkshire. Secara spontan keluar loghat Yorkshire — sudah lama tidak dengar dialek itu. Jika sebut bus, duck, plug, myself, atau yes/no, semuanya memang berbeza daripada Queen’s English.
Kami berada di Sheffield University ketika beliau di University of Birmingham. Beliau juga seorang jurutera dan tidak sabar untuk berkongsi pengalaman bersama pelajar. InsyaAllah, pihak Mass Communication akan menguruskan perkara ini dengan segera.
Tahniah sekali lagi kepada Encik Euan Daryl Smith dan terima kasih atas kesudian untuk menjadi sebahagian daripada CEO@Faculty Programme!