Kehadiran ke IEM 67th Annual Dinner & Awards Night 2026 serta Jaringan Profesional Kejuruteraan
Title
Kehadiran ke IEM 67th Annual Dinner & Awards Night 2026 serta Jaringan Profesional Kejuruteraan
Subject
Majlis Makan Malam Tahunan IEM, Pengiktirafan Profesional, Jaringan Akademik dan Industri Kejuruteraan
Description

Alhamdulillah semalam menghadiri IEM 67th Annual Dinner & Awards Night 2026. Kami dengan latar belakang Kejuruteraan Sistem Komputer dan Kejuruteraan Elektrik telah menjadi Honorary Member sejak 2015, memberi sokongan kepada badan profesional yang telah wujud sejak 1959, lebih awal daripada Akta 138, Akta Jurutera 1967.
Tahniah kepada YBhg. Dato' Ir. Prof. Dr. Norlida binti Buniyamin, Immediate Past President IEM yang telah dianugerahkan IEM Award for Honorary Fellow 2026, yang juga telah menguja saya untuk hadir. Tahniah Dato’ Prof. Rupanya ramai warga FKE yang aktif dalam IEM.
Makan semeja bersama Ir. Prof. Dr. Zuhaina Zakaria yang juga aktif dalam IEM, berbual mengenai keperluan menggalakkan lebih ramai pensyarah untuk terlibat dalam badan profesional. Duduk sebelah pula Ar. Norzaini Mufti, Naib Presiden Persatuan Arkitek Malaysia (PAM). Kami sama-sama di ITM/KPP, sama-sama sangkut, sepatutnya melanjutkan pengajian selepas TOEFL tetapi terus ke program MUCIA/IU1 ITM atas faktor ekonomi ketika itu.
Rezeki disambut sewaktu ketibaan oleh sahabat lama kami, YBhg. Academician Tan Sri Dato’ Seri Ir. Prof. Emeritus Dr. Chuah Hean Teik. Kami bersama menjadi founding team penubuhan Universiti Telekom, asal kepada MMU, bersama Tan Sri Ghauth menjadi panel temu duga. Kemudiannya beliau menjadi Dekan Kejuruteraan, manakala kami Dekan Sains dan Teknologi Maklumat.
Alhamdulillah sesi networking yang sangat bermanfaat. Sempat juga bertemu rakan-rakan founding members Lembaga MBOT yang sama-sama berjuang untuk kumpulan Teknologis yang kini mempunyai laluan di BOE dan juga MBOT. Bertemu juga Ir. Hj. Suhaimi, rakan satu KT ketika Haji 1443H/2022. Tahniah juga kepada Ir. Ts. Prof. Dr. Tan Chee Fai atas lantikan sebagai VP IEM bersama isteri, yang sangat aktif bersama IEM student chapter semasa di UTeM. Hadir sama juga Naib Canselor UNITEN.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#UiTM2030
#UiTM7dekad
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
IEM 67th Annual Dinner & Awards Night 2026 serta jaringan profesional akademik dan industri
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arab (Jawi)
Type
Social Media Posting (Facebook), Event Participation Update
Coverage
Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1869KaUSkA/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Kehadiran ke IEM 67th Annual Dinner & Awards Night 2026 serta Jaringan Profesional Kejuruteraan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 13, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2060.