Kehadiran Sebagai Moderator Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 Zon Selatan

Title

Kehadiran Sebagai Moderator Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 Zon Selatan

Subject

Kepimpinan Muda, Adab Ikhtilaf dan Peranan Moderator dalam Program KPT

Description


Terima Kasih YB DSD
Zambry Abd. Kadir, YBM KPT kerana sudi hadir di Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Kampus Jasin untuk Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 Zon Selatan bersama lebih 250 orang pensyarah dan pentadbir muda daripada UiTM dan politeknik sekitar Negeri Melaka.

Kami diamanahkan sebagai moderator memudah cara sesi interaksi YBM bersama pensyarah dan pentadbir muda.

YBM memberi penekanan bahawa kepimpinan bukan sekadar soal jawatan atau kedudukan, tetapi soal nilai, adab dan tanggungjawab dalam mengurus perbezaan pendapat untuk menuju visi yang sama dengan langkah sederap.

YBM mengingatkan untuk kita tidak terperangkap dengan sikap merasakan diri paling benar atau paling hebat dalam bidang masing-masing.

Pentingnya “intellectual humility” iaitu sifat rendah diri dalam ilmu serta menghormati pandangan orang lain walaupun berbeza. Mengikut resam padi, semakin berisi semakin tunduk. Inilah yang disebut sebagai adab al-ikhtilaf iaitu adab dalam berbeza pendapat.

YBM menyentuh kitab Adab al-Ikhtilaf fi al-Islam (أدب الاختلاف في الإسلام) karangan ilmuan Faqih Taha Jabir Al-Alwani dan mengesyorkan ianya dibaca. Buku ini menggariskan adab asas iaitu menghormati pandangan orang lain, tidak taksub kepada pendapat sendiri, mengelakkan penghinaan dan permusuhan serta berlapang dada dan mencari kebenaran, bukan kemenangan.

YBM juga menggalakkan generasi muda untuk berani bersuara dan memberi pandangan, tetapi dengan niat untuk memperbaiki, bukan menjatuhkan.

Kemudiannya YBM berkongsi keperluan masa depan pendidikan tinggi yang menuntut pendekatan baharu yang lebih terbuka dan merentas disiplin.

Dunia hari ini tidak lagi melihat kehebatan seseorang hanya dalam satu bidang semata-mata, tetapi pada keupayaan menghubungkan ilmu dengan keperluan masyarakat.

Kita boleh mengambil pengalaman negara seperti Jepun melalui model pendidikan teknikal mereka yang menunjukkan bahawa matlamat akhir bukan sekadar melahirkan pakar, tetapi individu yang berperanan sebagai “social doctor” menggunakan ilmu untuk berkhidmat kepada masyarakat dan negara.

Ini sesuai dengan tuntutan hadis Nabi ﷺ خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ “Sebaik-baik manusia ialah yang paling memberi manfaat kepada manusia lain.” (Diriwayatkan oleh Abdullah ibn Umar sebagai perawi, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan al-Bayhaqi dalam Syu‘ab al-Iman).

YBM telah berpesan bahawa hidup ini adalah proses pembelajaran yang berterusan. Kita tidak tahu siapa dalam kalangan kita hari ini yang akan memimpin negara pada masa hadapan.

Yang penting, menjadi pemimpin yang berilmu, berakhlak dan sentiasa merendah diri dalam setiap langkah.

Terima kasih YBM menyantuni soalan daripada peserta dan sebelum majlis telah meluangkan masa bersarapan bersama pemimpin pelajar UiTM Cawangan Melaka dari Kampus Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin serta berinteraksi bersama mereka.

Sebelum itu, sambil menyemak harga di kafe, YB juga telah membelanja makanan pelajar-pelajar yang sedang membeli makanan. Moga Allah meluaskan rezeki YBM, amin.

Terima kasih kepada Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) atas penganjuran program ini.

Terima kasih juga kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Adam Adli, ADUN Merlimau, YB Datuk Dr. Akmal Salleh, ADUN Sungai Rambai, YB Datuk Siti Faizah, pengurusan tertinggi KPT serta VC UTeM yang turut hadir bersama program ini.

Tahniah kepada Dato’ Rektor dan JKEN Melaka atas penganjuran yang berjaya, Alhamdulillah.

Terima kasih kepada YBM dan AKEPT kerana memilih UiTM Jasin untuk siri kali ini .

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Penglibatan sebagai moderator dalam Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 Zon Selatan

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi Script)

Type

Social Media Posting (Facebook), Event Update Repost

Coverage

Jasin, Melaka, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1Ybho7WwXW/

Files

Kembara Karisma (1).jpg
Kembara Karisma (2).jpg
Kembara Karisma (3).jpg
Kembara Karisma (4).jpg
Kembara Karisma (5).jpg
Kembara Karisma (6).jpg
Kembara Karisma (7).jpg
Kembara Karisma (8).jpg
Kembara Karisma (9).jpg
Kembara Karisma (10).jpg
Kembara Karisma (11).jpg
Kembara Karisma (12).jpg
Kembara Karisma (13).jpg
Kembara Karisma (14).jpg
Kembara Karisma (15).jpg
Kembara Karisma (16).jpg
Kembara Karisma (17).jpg
Kembara Karisma (18).jpg
Kembara Karisma (19).jpg
Kembara Karisma (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Kehadiran Sebagai Moderator Program Kembara KARISMA Pemimpin Muda MADANI 2026 Zon Selatan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 11, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2059.

Output Formats