Istiadat Konvokesyen UiTM - 103 : Pemahsyuran Keberangkatan Yang di- Pertuan Agong

Title

Istiadat Konvokesyen UiTM - 103 : Pemahsyuran Keberangkatan Yang di- Pertuan Agong

Subject

Konvokesyen UiTM; Istiadat Konvokesyen; UiTM; Keberangkatan YDP Agong; Graduan Terbaik

Description


Menjunjung Kasih Tuanku!

- Perkongsian daripada Halaman Muka Buku Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KALI KE-103 KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) kali ke-103 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam, hari ini (19 November). Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor merangkap Pro-Canselor UiTM. Pada istiadat konvokesyen berkenaan, Yang di-Pertuan Agong, yang juga Canselor UiTM, berkenan mengurniakan watikah pelantikan Pro-Canselor kepada Tan Sri Idris Jusoh, mantan Menteri Besar Terengganu dan Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2015 hingga 2018. Seri Paduka Baginda juga berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Dr. Ir. Sr. Suhaimi Abdul Talib yang pernah berkhidmat sebagai Pensyarah dalam bidang kejuruteraan di UiTM selama lebih 30 tahun. Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Graduan Terbaik Utama UiTM tahun 2025 kepada 15 penerima yang cemerlang dalam pengajian masing-masing. #YDPAgong #AllahPeliharakanSultan #IstanaNegara

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Date

Relation

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-103

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay

Type

Social Media Post (Facebook), Event Announcement, Institutional Activity

Coverage

Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1FDiE3YVQd/

Files

YDPA_Konvokesyen103_UiTM (1).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (2).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (3).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (4).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (5).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (6).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (7).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (8).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (9).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (10).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (11).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (12).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (13).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (14).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (15).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (16).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (17).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (18).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (19).jpg
YDPA_Konvokesyen103_UiTM (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Istiadat Konvokesyen UiTM - 103 : Pemahsyuran Keberangkatan Yang di- Pertuan Agong,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 21, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1771.

Output Formats