Titah Yang di-Pertuan Agong: Pembentukan Moral Sebagai Tanggungjawab Sosial

Title

Titah Yang di-Pertuan Agong: Pembentukan Moral Sebagai Tanggungjawab Sosial

Subject

Pendidikan moral; Institusi pendidikan; Tanggungjawab sosial; Generasi muda; UiTM; Pendidikan tinggi; Kesedaran undang-undang

Description


Menjunjung Titah Tuanku!


- Perkongsian daripada Halaman Muka Buku Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PEMBENTUKAN MORAL ADALAH TANGGUNGJAWAB SOSIAL SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DAN BERMULA DARI KEHIDUPAN SEHARIAN DI RUMAH – SULTAN IBRAHIM

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah institusi pendidikan perlu direvolusi ke arah menitikberatkan elemen kemanusiaan, moral dan kesedaran undang-undang, ekoran beberapa kejadian jenayah melibatkan golongan pelajar dan siswazah.

Seri Paduka Baginda bertitah, perkara itu merupakan tanggungjawab sosial semua lapisan masyarakat.

“Kita dikejutkan dengan kes jenayah berat yang melibatkan pelajar. Ini menimbulkan kebimbangan mengenai tahap moral, agama dan watak pelajar. Selain itu, imej institusi pendidikan negara turut tercalar.

“Pendidikan dan pembentukan moral tidak hanya berlaku di kampus mahupun di bilik darjah. Ianya hendaklah bermula dari rumah dalam setiap kehidupan seharian. Rumah adalah madrasah pertama bagi setiap insan. Ia tempat di mana anak-anak kita semenjak dari kecil dididik dengan nilai mulia, disiplin dan tanggungjawab kepada masyarakat.

“Saya berpandangan, sekolah dan institusi pelajaran perlu melalui revolusi pendidikan dengan menitikberatkan elemen kemanusiaan, moral dan kawalan emosi serta kesedaran undang-undang,” titah Yang di-Pertuan Agong ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-103, di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, hari ini (19 November).

Sultan Ibrahim turut bertitah generasi muda hendaklah dipupuk ke arah pengendalian kemajuan dunia siber dengan berhemah.

“Pendedahan kepada kandungan ganas yang berterusan boleh meningkatkan sifat agresif. Namun, pada hemat saya, sekatan penggunaan teknologi digital terhadap pelajar tidak akan menyelesaikan masalah, di samping akan hanya mengganggu ekosistem pelajaran secara digital dan jarak jauh.

“Hakikatnya, tiada jalan singkat bagi menangani masalah sosial. Ianya memerlukan usaha padu semua pihak bermula dari rumah, sekolah, masyarakat, ahli politik dan kerajaan,” titah Seri Paduka Baginda.

#YDPAgong
#AllahPeliharakanSultan
#IstanaNegara

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Date

Relation

Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA ke-103

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay

Type

Social Media Post (Facebook)

Coverage

Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1JQqR3JNNN/

Files

Titah YDPA.jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Titah Yang di-Pertuan Agong: Pembentukan Moral Sebagai Tanggungjawab Sosial,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 21, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1772.

Output Formats