Lantikan Prof. Dr. Shahanum Md. Shah sebagai Penyandang Kursi Tun Abdul Razak di Ohio University
Title
Lantikan Prof. Dr. Shahanum Md. Shah sebagai Penyandang Kursi Tun Abdul Razak di Ohio University
Subject
Pendidikan muzik; Kursi Tun Abdul Razak; Ohio University; UiTM; Sarjana muzik; Lantikan akademik; Kementerian Pendidikan Tinggi
Description

Tahniah Prof. Dr. Shahanum binti Md. Shah atas lantikan sebagai Penyandang Kursi Tun Abdul Razak di Ohio University, Amerika Syarikat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi(KPT) petang tadi untuk tempoh dua (2) tahun mulai 1 Disember 2025. Majlis telah disempurnakan oleh YB Menteri KPT, DSD Dr Zambry Abd. Kadir.
Pelantikan Prof. Dr. Shahanum binti Md. Shah adalah pengiktirafan terhadap kepakaran beliau sebagai sarjana terkemuka dalam bidang pendidikan muzik. Beliau berkelulusan Doktor Falsafah dalam Pendidikan Muzik (Ethnomusicology and Administration) dari Indiana University, Amerika Syarikat pada tahun 2000 dan pernah memegang beberapa jawatan kepimpinan termasuk Penolong Naib Canselor Kolej Seni Kreatif (2022–2024), Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Kolej Pengajian Seni Kreatif (2022) serta merupakan Dekan Fakulti Muzik yang pertama.
Keupayaan akademiknya turut terserlah melalui penganugerahan National Band Figure Award (2023) dan penghasilan Graded Music Examination for Malay Traditional Music (2017) yang menjadi rujukan dalam pemartabatan muzik tradisional Malaysia.
Alhamdulillah.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, English, Arabic(Jawi)
Type
Social Media Post (Facebook), Annoucement, Intitutional Repository Record, International Academic Appointment — UiTM
Coverage
Malaysia; Athens, Ohio, United States
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/17oMWeJEJH/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Lantikan Prof. Dr. Shahanum Md. Shah sebagai Penyandang Kursi Tun Abdul Razak di Ohio University,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 21, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1774.