Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa bersama YBhg. Datuk Naib Canselor | Model BUDI: Asas Kesejahteraan dan Jati Diri Warga Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Title

Subject
Model Budi
Description
Model BUDI UiTM adalah sebuah Model Kesejahteraan Warga UiTM yang diangkat dalam Pembangunan Pelan Strategik UiTM 2030 (2026-2030) sebagai dasar universiti untuk memperkukuhkan semangat kebersamaan berganding bahu mencipta kecemerlangan akademik dan membentuk sebuah komuniti Bumiputera yang disegani. Sesi Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa yang kelapan ini dikelolakan oleh Penolong Naib Canselor Pemerkasaan Adiwangsa, Prof. Dr. Amer Shakir Zainol dan Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK), Dr. Khairudin Murad. Rakaman ini dibawakan khas oleh IMPAK melalui Pejabat Pemerkasaan Adiwangsa dengan kerjasama strategik Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR).
YBhg. Datuk Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin memulakan bicara dengan memaknai takrifan “budi” yang mendasari jati diri dan peribadi setiap individu. Perkataan “budi” berasal daripada sanskrit telah berakar di alam Nusantara ribuan tahun lamanya kerana budaya Melayu itu berpaksikan budi. “Budi” adalah “hikmah”, atau analogi kepada orang yang memberi cahaya kepada orang lain, menerangi (enlightening) setiap denyut kehidupan masyarakat di sekeliling. Orang Melayu yang mengenal dan meyakini (makrifat) budi, bukan untuk dibalas, bukan juga untuk disanjungi. Mulianya orang berbudi bukan pada makhluk, tetapi disisi Allah kerana orang yang berbudi mendapat hidayah dan hikmah untuk menerangi individu atau organisasi. Budi yang baik bukan untuk disanjung, cukuplah sekadar untuk dikenang.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga;
Hancurlah badan dikandung tanah,
Budilah baik dikenang juga.
Teras Model BUDI UiTM dipasak dengan 3 teras utama iaitu Hati Budi, Akal Budi dan Budi Pekerti. Hati dan Akal perlu diasuh dalam segenap proses pencarian ilmu. Falsafah Melayu menekankan kepentingan hubungan manusia sesama manusia, hubungan dengan Tuhan, alam dan benda. Ia merangkumi tingkah laku, pemikiran, cita rasa, nilai, pengetahuan dan alam kerohanian masyarakat Melayu. Maka hati dan akal yang berbudi menjaga kesucian jiwa individu untuk membuat pilihan samada yang haq atau batil, perbuatan pahala atau dosa. Manakala akal pula menentukan kewarasan individu yang mampu bertanggungjawab dengan setiap ilmu dipelajarinya.
Imam Al-Ghazali membangkitkan pemikiran akal golongan mu’tazilah yang terperangkap dengan logik dan hujah akal semata-mata. Golongan ini menolak ilmu Kalam (wahyu Allah) yang menjumudkan pemikiran dan akidah dengan berpaksikan kepada sains (reasoning). Akal adalah alat untuk berfikir, manakala Budi adalah hikmah dalam nilai tambah untuk memberi pengaruh yang berkesan kepada kehidupan. Maka ilmu Akliah dan Nakliah seharusnya menjadi pedoman utama kepada setiap individu dalam membina akhlak yang terpuji (Budi Pekerti) supaya ia menjadi penyuluh kepada kekuatan sesebuah tamadun.
Siang malam hujannya rintik,
Bunga dahlia di dalam peti;
Apa guna wajahnya cantik,
Bila tiada budi pekerti.
Teras luar Model BUDI UiTM dikelilingi oleh empat unsur yang menjamin kesejahteraan warga UiTM iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI). Unsur-unsur tersebut dicakna daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat memperkembangkan potensi individu dan organisai secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warga UiTM yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Unsur Jasmani akan mengukur potensi dan keupayaan warga UiTM dalam memanfaatkan tenaga dan kecerdasan fizikal untuk berusaha meningkatkat produktiviti, di samping mengamalkan budaya sihat dan cergas dalam setiap aktiviti kehidupan. Manakala tiga gabungan unsur Emosi, Rohani dan Intelek menjadi pemangkin terhadap kestabilan organisasi dalam memupuk semangat kebersamaan, keteguhan akhlak dan membangkit semangat daya fikir yang kritis. Pendekatan JERI ini diharap dapat menyediakan potensi dan pembangunan bakat-bakat terbaik dikalangan warga UiTM dalam kluster pemikiran dan kepimpinan yang berkualiti tinggi dan kompeten.
Apa tanda kain pelikat,
Raginya halus dibentang lebar;
Apa tanda pemimpin muafakat,
Budinya halus orangnya sabar.
Mantel atau Payung yang memayungi keseluruhan Model BUDI UiTM adalah Agama, Raja dan Bangsa. YBhg. Datuk Naib Canselor merungkai hikmah terbesar bagi alam Melayu bermula apabila Raja-raja Melayu menerima tauhid dan keesaan Allah, iaitu agama Islam. Apabila Raja Melayu mendapat hidayah memeluk Islam, segenap pelosok rakyat menerima Islam sebagai pedoman dalam setiap kehidupan dengan lengkap dan sempurna. Kini, agama Islam diiktiraf sebagai Agama Persekutuan di dalam Perkara 3 (1) dan Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Agama Islam berdasarkan Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang-undang utama dan tertinggi negara yang mengandungi 183 perkara.
Pada dasarnya, UiTM merupakan sebuah universiti awam yang ditubuhkan mengikut peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Seksyen 1A Akta UiTM 1976 [Akta 173]. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan ini merangkumi kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam membuat penetapan kuota bagi kaum Melayu, anak negeri Sabah dan Sarawak, yang merupakan asas kepada agenda bumiputera bagi pengambilan pelajar UiTM.
Oleh yang demikian, pengekalan dasar UiTM untuk kaum Melayu, orang asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak ini masih diperlukan dalam usaha untuk merealisasikan hasrat Kerajaan merapatkan jurang antara kaum terutamanya apabila melibatkan aspek sosio ekonomi. Justeru, pengukuhan payung Agama, Raja dan Agama yang dipasak oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia akan menjamin kesejahteraan dan jati diri warga UiTM dalam memperkasa agenda Melayu dan Bumiputera tanpa meminggirkan agenda kaum-kaum lain di Malaysia demi memastikan setiap rakyat merasai keadilan, kesaksamaan dan keharmonian.
Tempa kapak dengan beliung,
Tetak mari nibung berduri;
Tuan di atas kemuncak payung,
Patik di bawah menjunjung duli.

Creator
Facebook JAGAT IMPAK
Source
https://www.facebook.com/jagatimpak/posts/-aktiviti-bualimpak-siri-khas-adiwangsa-bersama-ybhg-datuk-naib-canselor-model-b/1104520221697117
Publisher
IMPAK UiTM
Contributor
Pejabat Adiwangsa (IMPAK)
Language
Bahasa Melayu
Type
Temubual
Collection
Citation
Facebook JAGAT IMPAK, “Bual@IMPAK Siri Khas Adiwangsa bersama YBhg. Datuk Naib Canselor | Model BUDI: Asas Kesejahteraan dan Jati Diri Warga Universiti Teknologi MARA (UiTM),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 10, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1775.