Persiapan Akhir Amanat 7 Dekad UiTM dan Kerjasama Pendidikan Tinggi Malaysia–UK
Title
Subject
Description

Alhamdulillah, seusai menghadiri sesi meja bulat bagi membincangkan hala tuju kerjasama pendidikan tinggi antara Malaysia dan United Kingdom (UK), yang diadakan sempena UK Higher Education Mission to Malaysia dan dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Putrajaya, kami bergegas pulang ke Shah Alam untuk meninjau persiapan akhir bagi majlis esok.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di semua kampus UiTM. Amanat tahun ini sangat istimewa kerana menandakan evolusi UiTM selama 7 dekad sejak tahun 1956.
Tiada live streaming esok, hanya lintas langsung ke semua kampus UiTM di seluruh negara. Semua warga sewajarnya menghadirkan diri di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) atau di semua lokasi di kampus masing-masing untuk menyatakan kebersamaan kita sempena 7 Dekad UiTM.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Date
Relation
Format
Language
Type
Coverage
2) Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor, Malaysia