Menziarahi Keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana

Title

Menziarahi Keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana

Subject

Ziarah Takziah, Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana, Keluarga Allahyarham, UiTM, Pangsapuri Cendana, Taman Bukit Subang, Shah Alam, Takziah, Kematian, Al-Fatihah, Alumni UiTM

Description

Lewat petang Isnin, 7 September 2026, selesai tugas di pejabat tadi langsung ke Pangsapuri Cendana, Taman Bukit Subang, Shah Alam, meyantuni ayahanda dan ibunda Almarhum Fadhlan Fakhry Solana yang telah kembali ke Rahmatullah Sabtu lalu.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Mengingatkan diri yang faqir dengan membaca ayat pertama dari amalan ayat 7 atau ayat Munjiyat:
‎‫قُل لَّن يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ‬
Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal".
(Taubah 9:51)

Bagi pihak seluruh warga UiTM menyampaikan ucapan Takziah atas musibah yang menimpa kepada seisi keluarga.

Walau usaha manusia tidak membekas, tetap amanah taqlif kita itu akan dipersoal Allah kelak. Keseluruhan aspek penganjuran sedang disemak dan diteliti, termasuk kompetensi petugas, prosedur keselamatan, saringan kesihatan, pengurusan risiko serta tindakan kecemasan.

Hakikat kematian, ia adalah pengakhiran kepada yang fana menuju suatu permulaan yang baqa’ kehidupan sebenarnya yang kekal selama-lamanya.
وَإِنَّ الدَّارَ الْآخِرَةَ لَهِيَ الْحَيَوَانُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
“Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.”
(Surah al-’Ankabut, 29:64)
Berpesan kepada Sdr Fellimal yang merupakan seorang jurutera Alumni UiTM, Alhamdulillah anakanda tersayang telah selamat kembali, anak yang baik dan taat, bersungguh dalam perjuangan ilmunya hingga ke akhir hayat, kembali bukannya pergi… dan kita pula bakal menyusul… maka bersiaplah kita sebaiknya mencari bekal..
اِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.”
(Surah al-Baqarah, 2:156)

Hadir sama PNC Adiwangsa , Penolong Naib Canselor Komunikasi Strategik, Dr Noorlis Ahmad yang menjalankan fungsi Rektor NS, Dr Najah serta team Zawaf, Dato’ Faizal Alumni UiTM serta kakitangan universiti yang hadir sama menziarahi keluarga Allahyarham sebagai tanda bahawa empati dan nilai kemanusiaan sentiasa menjadi sebahagian daripada jiwa universiti.

Terima kasih atas layanan ringkas.. saling mengingat.. sesekali air mata kami berderai, hati seorang ayah mana yang tidak sedih, moga seluruh keluarga terus bersabar atas ujian ini. Bantuan yang dihulur tanda kebersamaan, bukan pengganti, dalam menghadapi saat duka, meringan mana yang termampu.

Pemergian Allahyarham pastinya meninggalkan ruang yang tidak mudah diisi.Kesedihan keluarga turut memberi kesan kepada warga universiti yang turut berduka.
Sempat sama-sama membaca doa keampunan buat arwah, semoga Arwah di tempatkan dalam kalangan insan yang beriman, amin.
Al-Fatihah.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan kunjungan ziarah dan penyampaian ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana di Pangsapuri Cendana, Taman Bukit Subang, Shah Alam

Format

Digital Text, JPEG/PNG Image

Language

Malay, Arabic (Al-Quran Verses)

Type

Social Media Posting (Facebook), Condolence Message

Coverage

  • Pangsapuri Cendana, Taman Bukit Subang, Shah Alam, Selangor, Malaysia

  • Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1DUjbbF7EN/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menziarahi Keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2369.

Output Formats