Mengahadiri Majlis Memorandum of Understanding (MoU) antara UiTM dan PARKROYAL Penang

Title

Mengahadiri Majlis Memorandum of Understanding (MoU) antara UiTM dan PARKROYAL Penang

Subject

Memorandum of Understanding (MoU), Universiti Teknologi MARA (UiTM), PARKROYAL Penang, Kerjasama Industri-Akademia, Latihan Industri, Work-Based Learning (WBL),

Description



Petang Jumaat Mubarak, setelah selesai solat Jumaat di Masjid Habib di Seri Tg. Pinang, Tanjung Tokong, kami mewakili UiTM menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) antara UiTM dan
PARKROYAL Penang, yang diwakili Mr. Edward Kollmer, General Manager dan Mrs. Kartini Fletcher, Director of People & Culture.

Turut hadir YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Rashidy Razali, Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang; YBrs. Prof. Dr. Muhammad Hussain Ismail, Director, Industry Network Centre (INC); dan YBrs. Prof. Dr. Hashim Fadzil bin Ariffin, Timbalan Rektor, Research, Industrial Linkage, Community and Alumni Network.

Through the MOU, both parties will work closely in providing our students with valuable industry exposure through internships, industrial training, guest lectures, professional certification programmes, collaborative research, and experiential learning opportunities.

Insya-Allah, this collaboration will open new avenues for staff development, consultancy, community engagement initiatives, and future collaborative projects that will enrich both academia and industry. Such initiatives will help nurture highly competent graduates equipped with the knowledge, practical skills, professionalism, and global mindset required by today’s hospitality and tourism industry.

Turut melawat pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan yang sedang mengikuti pengajian dalam mod WBL, memberi pendedahan tentang keperluan dan latihan sebenar yang diperlukan oleh dunia pekerjaan. Siap berbaris macam askar pula, sempat bertanya khabar dan tentang pengalaman yang mereka lalui.

Tahniah kepada semua yang terlibat. Terima kasih kepada Encik Edward yang sangat peramah dan melayan kami dengan baik, mengingatkan saya kepada sahabat saya yang juga orang Irish.

Di samping itu, Executive Chef, Chef Aidiyusman Mohamad Yushoff, juga telah membawa kami melawat keseluruhan kawasan dapur, bertemu juga beberapa orang Alumni UiTM. Seluruh dapur yang sangat kemas, bersih dan teratur sememangnya bertaraf lima bintang, lengkap dengan persijilan halal, yang mana Pegawai Halal juga adalah Alumni UiTM! Alhamdulillah.

Semoga HotCat UiTM terus berimpak, cemerlang dan relevan, turut berkembang dengan keperluan perhotelan dan agenda pelancongan negara.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English

Type

Social Media Posting (Facebook), Industry-Academia Collaboration, Institutional Partnership

Coverage

  • UiTM Cawangan Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia
  • PARKROYAL Penang, Tanjung Tokong, Pulau Pinang, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1GYyPqcCnY/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Mengahadiri Majlis Memorandum of Understanding (MoU) antara UiTM dan PARKROYAL Penang,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2315.

Output Formats