Penyampaian Pesanan Buat Senat dan Perkongsian Keberkatan Al-Quran

Title

Penyampaian Pesanan Buat Senat dan Perkongsian Keberkatan Al-Quran

Subject

Senat Universiti Teknologi MARA, Agenda Adiwangsa, Bangsa Mulia, Khairu Ummah, al-Quran, Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa, Keimanan, Ketakwaan, Keberkatan, Kepimpinan Islam

Description



Alhamdulillah pagi tadi mempengerusikan Senat akhir berpesan kepada Ahli Senat yang mulia untuk terus mendukung agenda Adiwangsa, membangun Bangsa Mulia, Khairu Ummah yang hanya mempunyai tiga prasyarat:
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah daripada yang mungkar, serta beriman kepada Allah.”
(Surah Āli ‘Imrān, 3:110)
Prasyarat beriman dan takwa dalam sebuah masyarakat pula akan membuka limpahan keberkatan dari langit dan bumi.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Dan sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), lalu Kami seksa mereka disebabkan apa yang telah mereka usahakan.”
(Surah al-A‘rāf, 7:96)
Malam ini pula, kami mengusahakan mencari-cari keberkatan, hadir di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke 66 Tahun 1448H 2026M.
وَهَٰذَا كِتَٰبٌ أَنزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang penuh keberkatan. Oleh itu, ikutilah ia dan bertakwalah, supaya kamu beroleh rahmat.”
(Surah Al-An‘ām, 6:155)
YAB PM Anwar Ibrahim dalam ucapannya membacakan awal surah Al Muzammil, tentang perlunya untuk umat Islam untuk bangkit, keperluan untuk menguasai Ilmu, Muafakat untuk keberkatan, untuk kembali kepada ruh perjuangan dan kembali kepada asas Alquran dan asas Thurath, dengan Da’wah dari kasih sayang dan rahmah. Kemudiannya memetik ayat 159 surah Ali-Imran;
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.

Semoga Allah melimpahkan keberkatan dari langit dan bumi kepada penduduk negeri ini, amin

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan pesanan kepada Ahli Senat untuk mendukung agenda Adiwangsa dan membangunkan Khairu Ummah, serta kehadiran ke Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-66 Tahun 1448H 2026M 

Format

Digital Text,Jpeg Image

Language

Malay, Arabic (Quran Verses)

Type

Social Media Posting (Facebook), Senate Meeting, Islamic Religious Event

Coverage

  • Universiti Teknologi MARA, Malaysia
  • Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/18UtigcwQo/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Penyampaian Pesanan Buat Senat dan Perkongsian Keberkatan Al-Quran,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2428.

Output Formats