Ucapan Takziah daripada Warga UiTM kepada Keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal

Title

Ucapan Takziah daripada Warga UiTM kepada Keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal

Subject

Ucapan Takziah, Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Komander Kesatria Endurance Challenge 2026, KKEC 2026, Warga UiTM, Al-Fatihah

Description




إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
UCAPAN TAKZIAH DARIPADA WARGA UiTM!

​Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan merangkap Peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026, yang telah kembali ke rahmatullah pada 5 September 2026 (23 Rabiul Awal 1448H).​

​Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosanya, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian berat ini.

Ucapan tulus ikhlas daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Naib Canselor, Pengurusan Eksekutif, serta seluruh Warga UiTM.

​Al-Fatihah

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

Official Facebook Page : Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan ucapan takziah daripada warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang telah kembali ke Rahmatullah 5 September 2026

Format

Digital Text, PNG Image

Language

Malay, Arabic ( Quran Verse Surah Al-Baqarah (2:156))

Type

Social Media Posting (Facebook), Condolence Message

Coverage

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/18JchyMq3B/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Ucapan Takziah daripada Warga UiTM kepada Keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2368.

Output Formats