Perkembangan Kesihatan Pelajar Terlibat dalam Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026
Title
Perkembangan Kesihatan Pelajar Terlibat dalam Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026
Subject
Komander Kesatria Endurance Challenge 2026, KKEC 2026, Pelajar UiTM, Keselamatan Mahasiswa, Kebajikan Pelajar, UiTM Pahang, UiTM Perak, UiTM Segamat, UiTM Jengka, Tadbir Urus, Kesejahteraan Mahasiswa
Description

Alhamdulilah, kesemua pelajar yang terlibat dengan insiden sewaktu Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di Jengka tempohari beransur pulih dan telah dibenarkan pulang dan hanya tinggal 3 orang sahaja yang masih dipantau:
1. Sdri Liya Zafirah bt Muhammad, UiTM Perak, di Hospital Temerloh, telah dipindah ke wad biasa
2. Sdri Nur Nabihah Musyidah Binti Md Nasri, UiTM Segamat, di Hospital Jengka
3. Sdri Nur Alia Farhana Bt Abdul Fattah, UiTM Jengka, di Hospital Jengka
Terima kasih atas doa semua warga UiTM dan orang ramai. Sama-sama kita terus berdoa agar semua pelajar sihat dan pulih seperti sedia kala, amin.
Terima Kasih kepada pasukan kebajikan HEP dan UiTM Pahang atas segala bantuan dalam menangani musibah yang telah berlaku. Terima kasih juga kepada TNC HEP, Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi dan Rektor UiTM Pahang, Prof. Ts. Dr. Azhan Hashim yang telah menyantuni pelajar-pelajar yang sedang menerima rawatan.
UiTM komited untuk menggunakan dapatan insiden ini bagi memperkukuh tadbir urus, standard keselamatan
serta perlindungan mahasiswa secara menyeluruh di seluruh sistem Universiti untuk meningkatkan aspek keselamatan dan kesejahteraan dalam pelaksanaan program mahasiswa pada masa hadapan.
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Format
Digital Text, JPEG/PNG Image
Language
Malay
Type
Social Media Posting (Facebook) Student Condition Visit Update
Coverage
- UiTM Jengka, UiTM Pahang, Jengka, Pahang, Malaysia
- Hospital Temerloh, Pahang
- Hospital Jengka, Pahang
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1EQzbFyw9N/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkembangan Kesihatan Pelajar Terlibat dalam Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2370.