Amanat Naib Canselor 2026 : Universiti Unggul, Pemacu Bumiputera Profesional
Title
Subject
Description

Alhamdulillah, pagi tadi selesai menyampaikan Amanat Naib Canselor 2026 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, bermula jam 8.30 pagi. Program tahunan ini mengangkat tema “Universiti Unggul, Pemacu Bumiputera Profesional” selaras dengan aspirasi strategik institusi.
Majlis dimulakan dengan Forum Evolusi 7 Dekad UiTM yang menghimpunkan warga universiti, alumni serta jemputan khas bagi menelusuri perjalanan dan pencapaian UiTM sepanjang tujuh dekad penubuhannya. Kehadiran tokoh industri, komuniti dan alumni menyerlahkan peranan UiTM sebagai pemangkin pembangunan modal insan negara.
Kemuncak majlis ialah penyampaian Amanat Naib Canselor 2026 yang menekankan hala tuju strategik, pencapaian utama serta komitmen untuk memperkukuh kecemerlangan akademik, penyelidikan dan inovasi.
Majlis turut diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku, Wawasan Setia Warga UiTM, deklamasi sajak khas evolusi 7 dekad serta UiTM Dihatiku sebelum berakhir pada jam 11.30 pagi.
Terima kasih atas kehadiran semua pemegang taruh, Pro-Canselor, MEU, MPK, MPU, warga semua kampus, mantan Naib Canselor, MPP, kesatuan dan persatuan kakitangan, alumni, CEO@Faculty serta, buat pertama kalinya, Persatuan Pesara UiTM. Terima kasih semua
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional.