Mempengerusikan Mesyuarat Senat UiTM Ke-331 dan Menghadiri Perbincangan Kebajikan Mahasiswa

Title

Mempengerusikan Mesyuarat Senat UiTM Ke-331 dan Menghadiri Perbincangan Kebajikan Mahasiswa

Subject

Mesyuarat Senat UiTM, Senat Universiti, Tadbir Urus Universiti, Kebajikan Mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar, Pendidikan Tinggi, Kepimpinan Universiti, Universiti Teknologi MARA

Description



Ada yang kata Naib Canselor UA (Universiti Awam) tak bekerja. Alhamdulillah, semalam, pagi Jumaat mempengerusikan Mesyuarat Senat ke 331, badan tertinggi yang menasihati Lembaga tentang segala perkara akademik Universiti. Kebiasaannya kita adakan pada hari Selasa kecuali di bulan Konvokesyen, Alhamdulillah selesai sebelum Solat Jumaat.

Dalam Aluan, mengingatkan Ahli Senat tentang penerusan perjuang pendidikan bangsa, juga pesanan YBM KPT, kitalah Akal Budi Nusa, Brain of the Nation, pasti akan dipersoal atas tanggungan Ilmu yang direzkikan Allah. Menyebut juga sejarah peranan Baitul Hikmah yang dalam lingkungnya lahir Al-Khwarizmi, Hunayn ibn Ishaq dan Al-Kindi.

Kami juga memberi ingatan, kita adalah Pegawai Badan Berkanun Persekutuan, ada tanggungjawab dan peraturan yang perlu dipatuh, terutama apabila ada DUN yang telah dibubarkan dan Kampus UiTM wujud di semua negeri dalam Malaysia. Semoga Allah rezkikan yang terbaik untuk anak bangsa dan Malaysia seluruhnya, amin.

Kebetulan pulak, sehati sejiwa bersama Prof TNCAA, kita sama-sama pakai baju Melayu Hitam, mendahulukan Senat walhal sepatutnya menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong yang berlangsung di Dataran Pahlawan Putrajaya. Allah Peliharakan Sultan, Dirgahayu Tuanku!

Sebelah petang, setelah mempengerusikan Mesyuarat Akaun Amanah Hotel UiTM ke-61 di Hotel UiTM, bertemu dengan YDP MPP UiTM Cawangan Sabah yang membawa permohonan dan usul untuk kebajikan Mahasiswa Sabah.

InsyaAllah akan kita usahakan khususnya yang berkaitan keselamatan kampus. Mereka hadir untuk menghadiri Persidangan Parlimen Mahasiswa UiTM Se-Malaysia yang berlangsung hari ini.

Bukan redha manusia yang kita cari, hadis diriwayatkan daripada Aisyah binti Abu Bakar:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، أَنَّهَا كَتَبَتْ إِلَى مُعَاوِيَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ:
السَّلَامُ عَلَيْكَ، أَمَّا بَعْدُ، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ:
مَنِ الْتَمَسَ رِضَا اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ، كَفَاهُ اللَّهُ مَؤُونَةَ النَّاسِ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ، وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ.
Daripada Aisyah r.a., bahawa beliau menulis surat kepada Muawiyah r.a.:
“Salam sejahtera ke atasmu. Amma ba’du, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesiapa yang mencari keredaan Allah meskipun manusia marah atau tidak menyukainya, Allah akan mencukupkannya darıpada urusan manusia. Dan sesiapa mencari keredaan manusia dengan menyebabkan kemurkaan Allah, Allah akan menyerahkannya kepada manusia.”

(Riwayat Jami’ al-Tirmidhi, Hadis No. 2414, dinilai Hasan Gharib oleh Imam al-Tirmidhi disahihkan oleh Al-Albani)

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Berkaitan kemaskini hantaran ringkasan aktiviti terkini Naib Canselor UiTM antaranya mempengurusikan Mesyuarat Senat UiTM Ke-331, sesi perbincangan mengenai tanggungjawab kepimpinan pendidikan tinggi, tadbir urus universiti, serta sesi pertemuan bersama kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Sabah bagi membincangkan isu kebajikan dan keselamatan mahasiswa.

Format

Digital Text, JPEG Image, PNG Image

Language

Malay, Arabic (Hadith & Jawi Script)

Type

Social Media Posting (Facebook), Awareness Message, University Governance, Student Affairs and Leadership Engagement Activity Update

Coverage

Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1C7gwfJ71r/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Mempengerusikan Mesyuarat Senat UiTM Ke-331 dan Menghadiri Perbincangan Kebajikan Mahasiswa,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2194.

Output Formats