Tazkirah Jumaat : Peringatan Mengenai Adab Lidah, Sangkaan dan Menjaga Maruah Sesama Muslim
Title
Subject
Description

Salam Jumaat, 19 Zulhijjah 1447H.
Perkongsian berkaitan kepentingan menjaga adab dalam percakapan, menjauhi sangkaan buruk, fitnah, tuduhan palsu serta perbuatan mencela dan mengaibkan sesama manusia sebagaimana yang ditegaskan dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Perkongsian turut mengingatkan bahawa hakikat seseorang hanya dapat dikenali melalui tutur katanya sebagaimana pepatah Arab:
الْمَرْءُ مَخْبُوءٌ تَحْتَ لِسَانِهِ
“Seseorang itu tersembunyi di bawah lidahnya.”
Hantaran menekankan kepentingan menyemak kebenaran sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya, mengelakkan prasangka, menjaga maruah dan kehormatan sesama Muslim serta menjauhi sikap sombong, menghina, memberi gelaran buruk dan mengaibkan orang lain.
Turut disertakan pelbagai dalil daripada al-Quran dan hadis berkaitan larangan membuat tuduhan tanpa bukti, menjaga hubungan sesama Muslim, kepentingan akhlak mulia dan peringatan bahawa penilaian sebenar seseorang adalah berdasarkan pengakhiran kehidupannya.
Perkongsian diakhiri dengan doa memohon husnul khatimah serta perlindungan daripada su’ul khatimah.
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا حُسْنَ الْخَاتِمَةِ، وَأَجِرْنَا مِنْ سُوءِ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, kurniakanlah kami husnul khatimah dan lindungilah kami daripada su’ul khatimah.”
Allahumma Amin
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا