Majlis Makan Malam Gala Diraja RSPEC Sempena Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor

Title

Majlis Makan Malam Gala Diraja RSPEC Sempena Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor

Subject

Majlis Makan Malam Gala Diraja, Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor, RSPEC, Jubli Perak Pemerintahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Polo dan Ekuestrian, Pelancongan Sukan

Description



Alhamdulillah malam Sabtu 3 Oktober 2026, diundang ke Majlis Makan Malam Gala Diraja anjuran Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC) di Cyberjaya.

Majlis makan malam ini diadakan bersempena dengan sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor.

Tuanku DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan berangkat diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Turut berangkat, KDPB Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDPB Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Keberangkatan Duli-Duli Tuanku disambut oleh Presiden RSPEC, YDM Engku Maharaja Lela Setia Paduka Dato’ Syed Budriz Putra Jamalullail.

Penganjuran majlis ini penting dalam mengembangkan polo dan ekuestrian, sebagai sukan yang lebih dekat dengan masyarakat, selain memperkukuh potensi Selangor sebagai destinasi pelancongan sukan.

Terima kasih sahabat kami DS Dr. Irmohizam Ibrahim menyantuni kami dan sempat networking dengan tetamu lain yang turut diundang.

Menjunjung kasih Duli-duli Tuanku

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran berkaitan Majlis Makan Malam Gala Diraja anjuran Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC) sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting (Facebook), Royal Event

Coverage

Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1BsmA6MzYk/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Makan Malam Gala Diraja RSPEC Sempena Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2424.

Output Formats