Majlis Perasmian Program Work-Based Learning (WBL 2.0) Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Title
Subject
Description
Alhamdulillah, petang tadi menghadiri Majlis Perasmian Program Work-Based Learning (WBL 2.0) Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datin Roszanina Wahab, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pertahanan Malaysia, bertempat di Anjung Seri Budiman, UiTM Shah Alam.
Turut hadir YBhg. Datuk Omar Shariff Mydeen, Ahli Lembaga Pengarah Universiti; Prof. Dr. Faizah Abd. Majid, Ketua Eksekutif iCEPS; serta wakil fakulti yang terlibat.
Program ini merupakan inisiatif strategik UiTM melalui Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) dengan kerjasama Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) bagi memberi peluang kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menukar pengalaman kerja sebenar kepada kelayakan Diploma UiTM yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang:
a) Diploma Pendidikan Islam
b) Diploma Pengajian Sukan
c) Diploma Pengurusan Hotel
d) Diploma Seni Kulinari
e) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat
Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan kolaborasi akademia–pertahanan ini. iCEPS memperkasa pembelajaran fleksibel dan berasaskan pengalaman kerja.
diHatiku❤️