Ucapan Penghargaan UiTM atas Kejayaan Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025
Title
Description

Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ketua Setiausaha, Datuk Timbalan Ketua Setiausaha, Datuk Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dr. Ketua Pengarah Pusat Pembangunan Kurikulum Kebangsaan, Naib-Naib Canselor, Pengarah-Pengarah, para mahasiswa serta seluruh warga Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah menjayakan Festival of Ideas (FOI) 2025 dengan penuh gilang-gemilang dan bermakna. Alhamdulillah.
Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM), khususnya Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Penolong Naib Canselor (Strategi Korporat), Rektor UiTM Cawangan Perak serta seluruh barisan pengurusan UiTM, Institut Kecemerlangan Strategik Akademik Nasional (INSAN), Hal Ehwal Strategik dan Alumni (HASA), serta semua yang telah menjayakan FOI@Perak, FOI@Selangor dan FOI 2025 Putrajaya.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua sukarelawan dan mahasiswa UiTM atas sumbangan, dedikasi, dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan penganjuran Festival of Ideas (FOI) 2025.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا