[Video] Halaqah Ilmu Perdana: Adab & Ilmu Kunci Kejayaan Mahasiswa UiTM
Title
[Video] Halaqah Ilmu Perdana: Adab & Ilmu Kunci Kejayaan Mahasiswa UiTM
Subject
Halaqah Ilmu Perdana, Adab dan Ilmu, Akhlak Islam, Pembangunan Mahasiswa, Masjid UiTM
Description

Malam semalam menyampaikan Halaqah Ilmu Perdana dengan tajuk, Adab & Ilmu: Kunci Kejayaan Mahasiswa di Masjid UiTM.
إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الْأَخْلَاقِ
“Sesungguhnya aku diutus hanyalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwatta’)
Kami menekankan perbezaan Akhlak dan pembentukan adab yang diganding dengan hakikat ilmu adalah kunci utama bukan sahaja kejayaan sebagai seorang mahasiswa tetapi untuk kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Adab bukan sahaja sopan santun dan budi pekerti,adab adalah disiplin aturan cara hidup dari bangun tidur hinggalah anda kembali tidur. Adab ialah disiplin rohani dan tingkah laku yang membentuk seseorang menjadi insan ihsan di sisi Allah dan manusia.
Surah Al-Mujadalah (58:11)
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
“Allah mengangkat darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat.”
Ilmu ialah cahaya manakala adab adalah kunci yang membuka cahaya itu. Ilmu memberi kefahaman makna, akhlak membentuk keperibadian, adab mengatur perlaksanaan ilmu dan akhlak. Gabungan ketiga-tiga ini melahirkan mahasiswa berilmu, berakhlak dan beradab yang berjaya di dunia dan akhirat.
Rakaman Penuh: https://www.facebook.com/share/v/1CYH5ifnnn/?mibextid=wwXIfr
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran berkaitan perkongsian Halaqah Ilmu Perdana bertajuk Adab & Ilmu : Kunci Kejayaan Mahasiswa di Masjid UiTM
Format
Digital Text, JPEG Image, MP4 Video (Durations: 00 minutes , 27 seconds)
Language
Malay, Arabic (Quran Verses & Jawi Script)
Type
Social Media Posting (Facebook), Institutional Activity Update
Coverage
Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/v/1BayJS5BjH/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
, “[Video] Halaqah Ilmu Perdana: Adab & Ilmu Kunci Kejayaan Mahasiswa UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 12, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2101.
