Perkongsian Hantaran : Poster Infografik Maklumat Kesihatan Awam
Title
Perkongsian Hantaran : Poster Infografik Maklumat Kesihatan Awam
Subject
Poster Infografik, Etika Kepimpinan dan Pengurusan di Tempat Kerja, Kesihatan Awam, Perkongsian Facebook, Public Health Malaysia
Description
(Quoted from Official Facebook Page : Public Health Malaysia)
Bila boss mula attack peribadi, bukan kerja..
itu selalunya tandanya dia sudah hilang point pada prestasi, lalu mula menyerang maruah.
Kerja sepatutnya dinilai pada hasil.
Pada disiplin.
Pada tanggungjawab.
Pada cara kita buat tugas.
Tapi bila teguran mula jadi,
“awak ni memang lembap orangnya”
“patutlah hidup pun tunggang-langgang”
“muka macam tak boleh harap”
“memang perangai awak macam ni”
itu bukan lagi pengurusan.
Itu penghinaan.
Boss yang profesional akan betulkan kerja.
Boss yang tak matang akan jatuhkan orang.
Sebab bila seseorang tak mampu menang dengan fakta kerja, dia akan cuba menang dengan rasa takut, malu, dan rendah diri.
Dan ramai pekerja rosak bukan sebab kerja terlalu susah.
Tapi sebab hari-hari dipaksa duduk dalam suasana yang buat mereka rasa diri tak bernilai.
Kalau seseorang menegur kerja anda, itu normal.
Tapi bila dia mula serang rupa, latar belakang, personaliti, keluarga, atau kelemahan peribadi anda…
itu tandanya isu sebenar bukan lagi tentang kerja.
Itu tentang kuasa.
Dan orang yang terlalu suka guna kuasa untuk kecilkan orang lain, selalunya bukan kuat sangat pun.
Mereka cuma takut kehilangan kawalan.
Jangan keliru antara “boss tegas” dengan “boss yang suka menjatuhkan orang”.
Tegas membina.
Menghina merosakkan.
Dan tempat kerja yang sihat sepatutnya membetulkan kerja tanpa menghancurkan jiwa orang yang melakukannya.
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : Public Health Malaysia
Date
Relation
Hantaran berkaitan perkongsian infografik kesihatan mental dan etika pengurusan organisasi daripada Facebook rasmi Public Health Malaysia.
Format
Digital Text, JPEG Image, Infographic Poster
Language
Malay
Type
Social Media Posting (Facebook), Institutional Information Sharing
Coverage
Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1CdcSenDzW/
Collection
Citation
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Hantaran : Poster Infografik Maklumat Kesihatan Awam,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 12, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/2094.