UiTM Raih Empat Anugerah Berpestrij di Malaysia International HR Awards 2025
Title
UiTM Raih Empat Anugerah Berpestrij di Malaysia International HR Awards 2025
Subject
Pencapaian UiTM dalam Malaysia International HR Awards 2025
Description

PETALING JAYA, 5 Disember 2025 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus mengukuhkan reputasinya dalam kecemerlangan pengurusan sumber manusia apabila Bahagian Pentadbiran Strategik & Sumber Manusia (BPSSM), Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) UiTM berjaya meraih empat anugerah utama pada Malaysia International HR Awards 2025. Majlis anjuran Malaysian Institute of Human Resource Management (MIHRM) itu berlangsung penuh meriah di M World Hotel, Petaling Jaya, Selangor.
Pada malam penganugerahan tersebut, UiTM melalui JPI mencipta sejarah tersendiri apabila membawa pulang empat kategori kemenangan. Dua anugerah individu — Young Talent Award dan Resilient Journey Award — telah disandang oleh Penolong Pendaftar BPSSM UiTM, En. Muhammad Adib Ibrahim, sekali gus mengiktiraf ketokohan serta dedikasi beliau dalam bidang pengurusan sumber manusia.
Selain itu, UiTM turut menerima dua pengiktirafan organisasi iaitu Silver Award, Employer of Choice Award (Public Sector) serta Best Employer Award (CSR). Kemenangan ini membuktikan komitmen berterusan universiti dalam mewujudkan budaya kerja cemerlang serta menyumbang secara berkesan kepada komuniti melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya.
Pencapaian gemilang ini disifatkan sebagai satu lonjakan penting dalam usaha memperkukuh kecemerlangan pentadbiran dan sumber manusia di UiTM. Ia bukan sahaja mengharumkan nama universiti, malah menjadi pemangkin kepada peningkatan mutu pengurusan yang lebih strategik dan berdaya saing.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada BPSSM dan JPI UiTM atas pengiktirafan berprestij ini. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga UiTM dalam mendukung kecemerlangan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى موليا
#UiTM #UiTMDiHatiku
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Source
Official Facebook Page : Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
Date
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, English, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Post ( Facebook),Achievement Announcement
Coverage
Petaling Jaya, Selangor; Malaysia International HR Awards 2025
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1C4PVQpmGU/
Collection
Citation
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “UiTM Raih Empat Anugerah Berpestrij di Malaysia International HR Awards 2025,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 18, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1822.