Perkongsian Mengenai Khaira Ummah dan Anak-Anak yang Terpaut Hatinya kepada Masjid

Title

Perkongsian Mengenai Khaira Ummah dan Anak-Anak yang Terpaut Hatinya kepada Masjid

Subject

Perkongsian Jumaat. Dakwah, Khaira Ummah; Penglibatan Anak Muda

Description



Salam Jumaat,
Kelmarin, duduk sebentar bersama anak-anak yang hatinya terpaut dengan Masjid, Alhamdulillah. Bertanyakan kami tentang keperluan usaha da’wah dan kami sempat berkongsi pandangan, untuk melakukan kerja baik, lapangan dan peluangnya terbuka luas, untuk menjadi Umat Terbaik, Khaira Ummah, Bangsa Mulia, AdiWangsa, Allah telahpun tetapkan prasyaratnya:
﴿ كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ﴾
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia;
Kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, serta kamu beriman kepada Allah.”
Surah Āli ‘Imrān (3:110)

Gelaran Khaira Ummah diberikan dengan bersyarat, dikatakan terbaik apabila kita melaksanakan tiga ciri utama dalam ayat tadi.
“Menyuruh kepada yang makruf” dengan maksud segala perbuatan baik yang diakui syarak dan fitrah manusia, meliputi keadilan, ihsan, menunaikan amanah, menjaga kebajikan, menegakkan kebenaran, dan mesti menjadi pembimbing masyarakat, bukan hanya setakat menjaga diri sendiri.

“Mencegah daripada yang mungkar” iaitu segala perkara yang salah, zalim, atau merosakkan menurut syarak; perlu menolak kezaliman, kemaksiatan, penindasan serta melindungi masyarakat daripada kerosakan moral, sosial dan ekonomi, termasuk menegur, menasihati, dan mencegah dengan hikmah.

Ketiganya “Beriman kepada Allah” asas identiti umat terbaik, tanpanya, kerja amar makruf nahi mungkar tidak dianggap ibadah dan tidak memberikan makna hakiki. Iman mengikat kita kepada akidah hakiki, nilai moral, akhlak dan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
«أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ، وَأَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ سُرُورٌ تُدْخِلُهُ عَلَى مُسْلِمٍ…»
“Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat kepada manusia, dan amalan yang paling dicintai Allah ialah menggembirakan seorang Muslim…”
Diriwayatkan al-Ṭabarānī
Kita akan hanya menjadi terbaik jika kita terpaling banyak memberi manfaat kepada manusia melalui amar makruf nahi mungkar, berbanding umat-umat terdahulu.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
«سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ:
إِمَامٌ عَادِلٌ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي المَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ».
(Sahih al-Bukhari 660, Sahih Muslim 1031)
Rasulullah SAW bersabda:
“Tujuh golongan yang Allah akan naungi dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya:
(1) Pemimpin yang adil,
(2) Pemuda yang membesar dalam ibadah dan ketaatan kepada Allah,
(3) Lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid,
(4) Dua lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah – mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya,
(5) Lelaki yang digoda oleh wanita cantik dan berkedudukan lalu dia berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah,
(6) Lelaki yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya,
(7) Lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian lalu menitislah air matanya.”
Moga anak-anak ini direzkikan ilmu yang bermanfaat, rezki yang luas, iman yang sempurna, keyakinan yang benar, amal yang makbul, lisan yang berzikir, hati yang khusyuk, juga Semoga anak-anak ini dan kita semua tergolong dari orang yang mendapat naungan Allah swt pada hari kiamat, amin.

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Date

Format

Digital Text,JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Post (Facebook); Event Performance Recording

Coverage

Universiti Teknologi MARA UiTM, Shah Alam

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/176F7Ns5LN/

Files

Perkongsian Jumaat.jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Perkongsian Mengenai Khaira Ummah dan Anak-Anak yang Terpaut Hatinya kepada Masjid,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 20, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1817.

Output Formats