Menghadiri Forum Ilmuan Malaysia Madani : Strategi Malaysia dan ASEAN dalam Era Ketidakstabilan Global

Title

Menghadiri Forum Ilmuan Malaysia Madani : Strategi Malaysia dan ASEAN dalam Era Ketidakstabilan Global

Subject

Forum Ilmuan, Malaysia Madani, ASEAN, Politik dan Sosioekonomi, Kemanusiaan, Pembangunan Lestari

Description



Petang tadi, menghadiri Forum Ilmuan Malaysia Madani anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi oleh Prof. Jeffrey D. Sachs, President of the UN Sustainable Development Solutions Network, bertajuk Strategies for Malaysia and ASEAN in an Era of Global Instability, bertempat di Dewan Zaa’ba, KPT.

Sesi dimudahcara oleh YAB DS Anwar Ibrahim dengan kupasan krisis Timur Tengah dari sudut politik dan sosioekonomi. Penjelasan yang terang dan telus menekankan kepentingan nilai kemanusiaan dan saling menghormati sebagai puncak ketamadunan abad ke-21. Sumber alam masih mencukupi jika diurus dengan baik dan adil tanpa perlu berlaku perebutan, pertelingkahan dan peperangan.

Beliau memuji sifat tegas YAB Perdana Menteri Malaysia dalam menyatakan pendirian, kerana tidak ramai pemimpin dunia berani menyuarakan kebenaran. Kepimpinan PM semasa menerajui ASEAN turut memberi kesan positif yang berkekalan.

Hadir sama YBM KPT DS Dr Zambry Abd. Kadir, YBM KLN, Kepimpinan KPT, Naib-Naib Canselor IPT dan jemputan khas.
Sama-sama kita doakan dunia seluruhnya kembali aman dan tenteram, InsyaAllah.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Date

Relation

Forum Ilmuan Malaysia Madani oleh Kementerian Pendidikan Tinggi

Format

Digital Text, JPEGF Image

Language

Malay, English

Type

Social Media Posting (Facebook), Forum Update

Coverage

Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1EEGc6ChXG/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menghadiri Forum Ilmuan Malaysia Madani : Strategi Malaysia dan ASEAN dalam Era Ketidakstabilan Global,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2001.

Output Formats