Berkelana di Aidilfitri: Solat Sunat dan Nostalgia Perjalanan
Title
Subject
Description

Berkelana di Aidilfitri. Alhamdulillah, tahun ini direzekikan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Permaisuri Agong di Surau Utama Istana Negara.
Menjunjung kasih Tuanku atas undangan ke Istana Negara bersama isteri.
Hadir sama Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, Yang Berhormat (YB) Menteri Kabinet, Tuan Yang Terutama (TYT) Duta-Duta serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
Sempat juga menyantuni pegawai-pegawai utama Istana, antaranya YBhg. Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Jaba bin Mohd Noah, Setiausaha Sulit Kanan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (KDYMM SPB YDA), Datuk Kolonel (B) Nazim Mohd Alim, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada KDYMM SPB YDA serta yang lain.
Selesai majlis, perjalanan diteruskan ke Stesen Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung. Tetap memilih Stesen Kuala Lumpur kerana nilai nostalgik sejak era 1980-an—pulang ke kampung dari Institut Teknologi MARA (ITM) menaiki kereta api, menaiki bas dari Shah Alam dan berjalan kaki dari hentian bas Klang.
Creator
Date
Relation
Format
Language
Type
Coverage
- Istana Negara , Kuala Lumpur
- Stesen KTM Berhad, Kuala Lumpur
