Ziarah Kubur di Aidilfitri : Doa dan Peringatan Kepada Kematian
Title
Subject
Description

Alhamdulillah, lewat petang berziarah ke pusara ayahanda dan bonda tersayang, mendoakan keampunan buat mereka. Semoga Allah mengampunkan mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang yang soleh. Amin.
Kami diajar sejak kecil untuk membiasakan amalan ziarah kubur, berdasarkan hadis sahih bahawa orang yang telah meninggal dunia dapat mendengar mereka yang hidup, antaranya melalui peristiwa Perang Badar dan hadis tentang mayat yang mendengar bunyi tapak kaki orang yang meninggalkan kubur.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
«إِنَّ العَبْدَ إِذَا وُضِعَ فِي قَبْرِهِ، وَتَوَلَّى عَنْهُ أَصْحَابُهُ، وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ قَرْعَ نِعَالِهِمْ، أَتَاهُ مَلَكَانِ فَيُقْعِدَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ: مَا كُنْتَ تَقُولُ فِي هَذَا الرَّجُلِ...»
Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seorang hamba itu, apabila dia telah diletakkan di dalam kuburnya dan para sahabatnya telah berpaling, dia benar-benar mendengar bunyi tapak kaki mereka. Lalu datang kepadanya dua malaikat…”
(Hadis Muttafaqun ‘Alaih: Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)
Juga hadis kisah Perang Badar apabila Baginda SAW berbicara kepada mayat-mayat orang musyrikin, lalu Saidina Umar al-Khattab RA bertanya. Rasulullah SAW bersabda:
«مَا أَنْتُمْ بِأَسْمَعَ لِمَا أَقُولُ مِنْهُمْ، وَلَكِنَّهُمْ لَا يَقْدِرُونَ أَنْ يُجِيبُوا»
“Kamu tidaklah lebih mendengar terhadap apa yang aku katakan berbanding mereka, tetapi mereka tidak mampu menjawab.”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 2874; Sahih al-Bukhari, no. 3976)
«زُورُوا القُبُورَ، فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ المَوْتَ»
“Ziarahilah kubur kerana ia mengingatkan kepada kematian.”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 976)
السَّلَامُ عَلَى أَهْلِ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَيَرْحَمُ اللَّهُ الْمُسْتَقْدِمِينَ مِنَّا وَالْمُسْتَأْخِرِينَ، وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ بِكُمْ لَلَاحِقُونَ
“Salam sejahtera ke atas penghuni kubur daripada kalangan orang beriman dan Islam. Semoga Allah merahmati mereka yang terdahulu dan terkemudian. Sesungguhnya kami juga akan menyusul kalian dengan izin Allah.”
(Hadis Riwayat Muslim, no. 974)
Ziarah kubur tidak hanya khusus pada hari raya, malah boleh dilaksanakan pada hari-hari lain. Alhamdulillah, sempat juga menziarahi kubur atok, nenek, adik, pakcik dan guru. Semoga Allah mengampunkan kesemua mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan solihin. Amin .
Sesungguhnya kematian itu satu kepastian. Suatu hari nanti, bersedia atau tidak, kita semua pasti akan menyusul.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا