Kayuhan Nostalgia & Ukhuwah: Raudhah Riders Bersama Alumni KPP ITM
Title
Subject
Description
Alhamdulillah, sudah lama tidak dapat berbasikal dua kali seminggu. Awal pagi tadi cuaca redup dengan renyai-renyai kecil. Menjaga kadar purata kelajuan dan degupan jantung — ukur baju di badan sendiri.
Malam tadi baru berjumpa semula dengan rakan-rakan Kumpulan Pelajar Pengajian Institut Teknologi MARA (KPP ITM) seangkatan, selepas 40 tahun yang lalu. Mensyukuri nikmat kesihatan, Alhamdulillah.
Sudah lama tidak memakai jersi ini — Raudhah Riders, geng Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil, Melaka. Majoriti ahlinya merupakan penunggang berusia 65 tahun ke atas, namun masih mampu menamatkan kayuhan sejauh 100 kilometer (fondo) hingga ke Muar dan Tangkak.
Moga Dr. Rosli Saadan, Tuan Midi, Cikgu Hashim, Cikgu Bistamam, dan Ayah Zin semuanya sihat dan terus aktif berbasikal. Rindu gaya kayuhan otai-otai ni — bila berbasikal boleh singgah makan mee bandung, bagi makan burung
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
