Wacana Kepimpinan Naib Canselor: Transformasi Perkhidmatan Psikologi & Kaunseling UiTM 2026–2030
Title
Subject
Description

Pagi tadi di Hotel UiTM menghadiri Wacana Kepimpinan Naib Canselor: Mendukung Transformasi Perkhidmatan Psikologi & Kaunseling UiTM 2026–2030 bersama semua kaunselor seluruh sistem UiTM dari seluruh negara, menekankan sejarah 7 dekad evolusi UiTM, 50 tahun pemergian Almarhum Tun Abdul Razak, kita meneruskan perjuangan, berkongsi pengalaman, cabaran psikologi dan kaedah pendekatan, serta memberi titipan doa penting untuk semua permasalahan jiwa.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat bakhil dan penakut, daripada beban hutang dan penindasan manusia.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari no. 2893)
Selepas itu menyempurnakan Simbolik Pelancaran Buku Inisiatif Psikologi dan Kaunseling:
i) Lensa Pencapaian Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Seluruh Sistem UiTM 2025
ii) Panduan Pengendalian Krisis & Trauma: Sokongan Emosi dan Psikologi
iii) Panduan Pengurusan Kesedihan (Dalam Kesihatan Mental)
iv) Self Healing: 8 Teknik Penyembuhan Diri dan Emosi
Mengucap terima kasih kepada Pn. Wan Noraini Wan Yusoff, Pengarah Pusat Psikologi & Kaunseling, yang bakal bersara pada 7 Februari 2026. Terima kasih Pn. Wan atas segala jasa dan sumbangan!