Lawatan ke Hot Spot Mart dan Penghargaan kepada Pelajar UiTM
Title
Subject
Description

Lewat petang tadi, saya singgah di Hot Spot Mart dan bertemu pengusahanya, Encik Jason Teh, orang Rembau. Kunjungan ini adalah kerana sepucuk surat yang kami terima pada 21/10 lalu dengan kandungan berikut:
“Tuan/puan,
PERKONGSIAN SURAT TERBUKA DARI SEORANG PENGUSAHA TEMPATAN SEKSYEN 7 SHAH ALAM
Nama saya Jason Teh, pengusaha Hot Spot Mart yang beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam, berdekatan dengan UTM Shah Alam. Saya menulis bukan untuk mempromosikan kedai saya, tetapi untuk meluahkan rasa hati yang telah lama saya pendam sejak mula beroperasi kira-kira 8 bulan yang lalu.
Sejak awal membuka perniagaan di kawasan ini, saya sedar majoriti komuniti di sini terdiri daripada orang Melayu. Namun, saya tidak pernah menganggap itu sebagai penghalang - saya dibesarkan di kampung dan sudah biasa hidup dalam masyarakat berbilang kaum. Tapi saya juga faham, tidak semua orang dari bandar mempunyai pengalaman yang sama.
Apa yang benar-benar menyentuh hati saya ialah layanan masyarakat di sini, khususnya para pelajar UiTM. Walaupun saya berbangsa Cina, saya tidak pernah rasa disisih. Malah, saya disambut dengan sangat mesra oleh komuniti, terutamanya anak-anak muda yang menjadi pelanggan tetap di kedai saya.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada UiTM kerana berjaya melahirkan pelajar yang bukan sahaja berilmu, tetapi juga tinggi adab dan nilai murninya. Antara perkara yang paling saya hargai:
 
            













![[Video] Perkongsian Hantaran : Pelancaran UiTMSAT-2 ke ISS menggunakan Roket H3 F7 [Video] Perkongsian Hantaran : Pelancaran UiTMSAT-2 ke ISS menggunakan Roket H3 F7](https://mindanc.uitm.edu.my/files/square_thumbnails/9f2565bec0371fea3e71aefac6f7ed65.jpg)
