Menjunjung Kasih : Ziarah DYMM Tengku Permaisuri Selangor kepada Pensyarah UiTM
Title
Subject
Description

Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor, hari ini berkenan bercemar duli menziarah dua pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terlibat dalam insiden pokok tumbang di Persiaran Tun Arshad Ayub, Seksyen 7, Shah Alam tempoh hari.
Ketibaan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Pro-Canselor UiTM pada 2.38 petang di Hospital Shah Alam disambut bersama Pengarah Hospital Shah Alam, Dr. Ruzita Othman; Puan Safriah Md. Adzhar, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam (MBSA); Pemdaftar UiTM; PNC SC UiTM; dan pegawai-pegawai Hospital Shah Alam.
DYMM Tuanku juga telah berkenan memberi hadiah kepada kedua-dua pensyarah dan turut menitipkan pesanan sabar atas musibah yang menimpa serta mendoakan kesembuhan segera kepada Dr. Shareena dan Dr. Shahida.
Kami juga sempat berpesan agar terus bersabar, reda dan menumpukan kepada pemulihan. Insya-Allah ada rakan-rakan pensyarah yang akan membantu menyelesaikan pemarkahan peperiksaan akhir yang baru selesai. Selesai tadi, kami berkongsi perkembangan dan ziarah DYMM TPS bersama pihak media. Terima kasih rakan-rakan media yang turut hadir dan membuat liputan.
Alhamdulillah, perkembangan kedua-duanya sangat positif. Terima kasih atas doa jutaan warga UiTM, sanak saudara, rakan taulan dan semua. Ayuh sama-sama kita terus berdoa agar mereka segera sembuh untuk kembali bertugas mendidik anak bangsa. Amin.
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
Creator
Date
Contributor
- DYMM Tengku Permaisuri Selangor
- Hospital Shah Alam
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
- Selangor Royal Office