Majlis Menandatangani MoU antara UiTM dan RHB Bank Berhad serta Pelantikan Profesor Adjung UiTM Cawangan Johor
Title
Subject
Description

Petang Khamis, mewakili UiTM di Majlis Menandatangani MoU antara UiTM dan RHB Bank Berhad yang diwakili oleh YBhg. Dato’ Mohd Rashid Mohamad, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Bank Berhad.
Majlis diteruskan dengan sesi penyerahan pelantikan sebagai Profesor Adjung UiTM Cawangan Johor kepada Dato’ Mohd Rashid yang berasal dari Segamat, Johor. Tahniah dan terima kasih, Dato’ Rashid, atas kesudian menyumbang dan menerima lantikan ini.
Kami juga teruja kerana baru berkesempatan untuk “catch up”. Kami sama-sama lepasan Sekolah Tinggi Segamat, SPM ’84. Dato’ juga merupakan Alumni UiTM Kampus Segamat sebelum melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam. Justeru, mengalungkan skarf Alumni dan Pin Alumni UiTM.
Kami sama-sama komited untuk menggiatkan kerjasama antara UiTM dan RHB bagi meningkatkan komponen industri dan pengalaman dunia sebenar ke dalam bilik kuliah serta pengalaman pembelajaran baharu demi menjamin pendidikan yang memenuhi keperluan semasa dan akan datang.
Turut hadir Rektor dan JKEN UiTM Cawangan Johor. Tahniah dan terima kasih juga kepada JKEN Johor atas penganjuran terbaik.
Semoga Allah menautkan ukhuwah dan memberkati kerjasama ini, Insya-Allah. Amin
RHB Group
UiTM Cawangan Johor - Media FB Rasmi
Sekolah Tinggi Segamat-Official
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM2030 #UiTM7dekad
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️
Creator
Date
Relation
Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan (Rashid Hussein Bank) RHB Bank Berhad serta pelantikan Profesor Adjung UiTM Cawangan Johor