Penghayatan Hari Arafah dan Kelebihan Berdoa pada 9 Zulhijjah

Title

Penghayatan Hari Arafah dan Kelebihan Berdoa pada 9 Zulhijjah

Subject

Hari Arafah, 9 Zulhijjah, Doa Hari Arafah, Puasa Arafah, Zikir, Hadis Nabi Muhammad SAW, Amalan Islam, Penghayatan Ibadah

Description



Alhamdulillah direzkikan bertemu hari ini 9 Zulhijjah 1447H, hari Arafah, sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.

Daripada Abdullah bin Amr bin al-As bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah. Dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan ialah:

“Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Riwayat Imam al-Tirmizi (3585). Dinilai hasan oleh sebahagian ulama.

Daripada Aisyah bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ

“Tiada suatu hari yang Allah lebih banyak membebaskan hamba daripada api neraka selain Hari Arafah. Sesungguhnya Allah mendekat dan berbangga dengan mereka di hadapan para malaikat.”

Riwayat Imam Muslim (1348).

Daripada Abu Qatadah al-Ansari bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa pada Hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun selepasnya.”

Riwayat Imam Muslim (1162).

Sama-sama kita banyakkan zikir dengan zikir yang sangat digalakkan pada Hari Arafah

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

Antara amalan zikir lain yang dianjurkan pada Hari Arafah

  • Memperbanyak:
    • Tasbih — Subhanallah
    • Tahmid — Alhamdulillah
    • Tahlil — La ilaha illallah
    • Takbir — Allahu Akbar
    • Selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ
    • Istighfar — Astaghfirullah
  • Banyakkan doa:
    • keampunan dosa
    • husnul khatimah
    • kesejahteraan keluarga
    • doa untuk umat Islam
    • doa dunia dan akhirat

Hari Arafah ialah antara waktu paling mustajab untuk berdoa, khususnya dari selepas Zohor hingga Maghrib bagi jemaah haji di Padang Arafah.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran berbentuk perkongsian keagamaan mengenai kelebihan Hari Arafah berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Hadith Verses and Jawi Script)

Type

Social Media Posting (Facebook), Islamic/Religous Reflection

Coverage

Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1CuwqFczSD/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Penghayatan Hari Arafah dan Kelebihan Berdoa pada 9 Zulhijjah,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2175.

Output Formats