Menghadiri Majlis Perasmian SUKUM Ke-46 2026
Title
Menghadiri Majlis Perasmian SUKUM Ke-46 2026
Subject
Majlis Perasmian SUKUM Ke-46 2026, Karnival Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM), Kontinjen UiTM, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Sukan Staf Universiti, 128 Pingat Emas, Semangat Kesukanan
Description

MAJLIS PERASMIAN SUKUM-46 2026
Alhamdulillah bertempat di Stadium UniSZA, Sabtu 8 Ogos 2026, menghadiri Majlis Perasmian SUKUM ke 46 yang telah disempurnakan oleh YBhg Datuk KSU Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim.
Kontinjen Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah tampil dengan semangat juang yang tinggi dalam menyertai Kejohanan Sukan Antara Staf Universiti Malaysia (SUKUM) ke-46 2026 yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Dengan kekuatan kontinjen yang besar dan barisan atlet bersemangat yang bersedia memberikan saingan terbaik, InsyaAllah, UiTM menggalas misi untuk merebut 128 pingat emas yang dipertandingkan dalam kejohanan kali ini.
Penyertaan ini bukan sahaja menjadi medan untuk menguji keupayaan dan kecergasan warga staf universiti, malah turut memperkukuh semangat kesukanan, ukhuwah dan kebersamaan dalam kalangan warga institusi pendidikan tinggi negara.
Sempat menyantuni kontinjen UiTM memberi kata semangat akhir dan mendoakan kejayaan semua. Bertemu mahasiswa juga Alumni UiTM yang pastinya berada di mana-mana, Alhamdulillah. Salah seorang ALPU Unisza, Ybhg. Dato’ Yusoff bin Muhamad, juga Alumni UiTM yang penuh semangat menyata UiTM di hati!
Sebelong gi Unisza, dang singgoh di warong Pok Nong makang ikang celup tepong, tima kasih Unisza blanje makang.
Ayuh Kontinjen UiTM!
Teruskan Perjuangan , semarakkan semangat kesukanan dan bawa pulang kejayaan!
Ayuh Kontinjen UiTM!
Teruskan Perjuangan , semarakkan semangat kesukanan dan bawa pulang kejayaan!
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran berkaitan kehadiran ke Majlis Perasmian SUKUM Ke-46 2026 di Stadium UniSZA, sokongan terhadap Kontinjen UiTM serta amanat dan kata-kata semangat kepada atlet
Format
Digital Text, JPEG / PNG Image, MP4 Video ( Duration 00 minutes, 05 seconds)
Language
Malay, English
Type
Social Media Posting (Facebook), Institutional Support, Sportsmanship, Motivational Message
Coverage
Stadium UniSZA, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/v/1A13qz4pRw/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menghadiri Majlis Perasmian SUKUM Ke-46 2026,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2319.