Menghadiri Mesyuarat JPKA Peringkat UA, HPU dan MQA Suku Keempat 2025 KPT

Title

Menghadiri Mesyuarat JPKA Peringkat UA, HPU dan MQA Suku Keempat 2025 KPT

Subject

Penyertaan UiTM Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) serta Perkembangan Penjanaan Kewangan Universiti

Description



Alhamdulillah, pada pagi tadi saya telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Peringkat Universiti Awam, Hospital Pengajar Universiti dan Agensi Kelayakan Malaysia bagi Suku Keempat Tahun 2025 Kementerian Pendidikan Tinggi. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Dewan Seri Angsana, EDC, Universiti Utara Malaysia dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Dr. Anesee Ibrahim.

Bagi menambah baik tatakelola kewangan, Universiti Teknologi MARA kini melaksanakan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun di setiap Pusat Tanggungjawab, fakulti dan cawangan, bersama Pengurusan Aset dan Audit. Alhamdulillah, langkah ini diharap dapat memperkukuh pengurusan kewangan universiti secara menyeluruh.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr. Ahmad Martadha Mohamed serta barisan pengurusan tertinggi universiti tersebut atas kesudian menjadi tuan rumah dengan layanan yang amat baik. Termasuk pihak tuan rumah, hanya kami bertiga dalam kalangan rakan Naib Canselor yang hadir pada kali ini, bersama Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia.

Alhamdulillah, berdasarkan formula baharu penjanaan yang berasaskan kos operasi oleh Bahagian Dasar Kementerian Pendidikan Tinggi, Universiti Teknologi MARA telah berjaya menjana sebanyak 28 peratus hasil bagi tujuan operasinya.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada Yang Berbahagia Datuk Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha dan semua Setiausaha Bahagian Kementerian Pendidikan Tinggi atas segala sokongan yang telah memudahkan urusan kewangan serta pembangunan Universiti Teknologi MARA. Saya amat berharap agar Formula Pembiayaan Baharu dapat dilaksanakan dalam masa terdekat, Insya-Allah, bagi melegakan lagi aliran kewangan universiti.

Dalam perjalanan pulang, saya sempat singgah di Pekan Rabu, Alor Setar untuk mencari songkok lipat kegemaran saya. Sudah beberapa kali saya singgah di situ dan kebiasaannya saya dipanggil ustaz, yang saya terima sahaja kerana dalam Bahasa Arab, perkataan tersebut membawa maksud profesor. Pada kali ini, ada yang mengenali saya, rupa-rupanya beliau merupakan bekas pelajar dan alumni FTMK Fakulti Teknologi Makluma dan Komunikasi tahun 2011 ketika saya berkhidmat sebagai dekan. Saya berasa amat teruja dapat bertemu kembali dengan anak didik.

Semoga perniagaan beliau terus berkembang maju dan diberkati oleh Allah Subhanahu wa Taala, amin.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Suku Keempat Tahun 2025 Kementerian Pendidikan Tinggi serta inisiatif tadbir urus kewangan institusi oleh Universiti Teknologi MARA.

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Post (Facebook), Activity Report Address

Coverage

  • Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia
  • Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1CHHXUqfxh/

Files

UITM KE JPKA (1).jpg
UITM KE JPKA (2).jpg
UITM KE JPKA (3).jpg
UITM KE JPKA (4).jpg
UITM KE JPKA (5).jpg
UITM KE JPKA (6).jpg
UITM KE JPKA (7).jpg
UITM KE JPKA (8).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menghadiri Mesyuarat JPKA Peringkat UA, HPU dan MQA Suku Keempat 2025 KPT,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 18, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1944.

Output Formats