Perkongsian Hantaran : Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi Merafak Sembah Menghadap DYMM Sultan Selangor
Title
Subject
Description

Merafak sembah dan menjunjung kasih ke bawah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj atas perkenan Tuanku menerima patik menghadap.
Dalam pertemuan ini, DYMM Tuanku telah dipersembah maklum berhubung beberapa perkara berkaitan pembangunan dan hala tuju pendidikan tinggi, khususnya yang melibatkan IPT di Negeri Selangor, merangkumi aspek kebajikan pelajar, pengukuhan institusi serta peranan universiti sebagai pemangkin kemajuan negeri dan negara.
Patik menzahirkan doa ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga DYMM Tuanku, DYMM Tengku Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan keafiatan, dilimpahi rahmat dan berada dalam lindungan-Nya dalam memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan.
Daulat Tuanku.