Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam

Title

Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam

Subject

Program kebajikan Ramadan, penglibatan komuniti UiTM dan aktiviti gotong-royong bubur lambuk

Description

Alhamdulillah, pada pagi tadi telah berlangsung Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Seksyen 2, Shah Alam, anjuran bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan pengisian yang menyatukan warga universiti, komuniti, industri dan alumni.

Program ini bertujuan menyemarakkan semangat kebersamaan serta menyuburkan amalan kebajikan sepanjang bulan Ramadan. Aktiviti dimulakan seawal pagi dengan penyediaan bubur lambuk oleh sukarelawan UiTM dan komuniti setempat untuk diagihkan kepada masyarakat sekitar Shah Alam.

Program turut diserikan dengan sesi perkongsian ilmu oleh panel jemputan yang membincangkan aspek penghayatan al-Quran, nilai dalam pengurusan bahan buangan serta amanah menjaga tubuh badan menurut perspektif sains dan Maqasid Syariah.

Selain itu, Klinik Optometri Bergerak dari Fakulti Sains Kesihatan turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan mata percuma kepada penduduk setempat. Sambutan yang diterima amat menggalakkan termasuk dalam kalangan warga emas.

Program diteruskan pada sebelah petang dengan pembungkusan dan agihan bubur lambuk kepada masyarakat. Majlis diakhiri dengan bacaan tahlil, berbuka puasa dan solat tarawih secara berjemaah, sekali gus mengeratkan ukhuwah dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H anjuran bersama UiTM dan komuniti setempat

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), Community Engagement

Coverage

Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1HUcq9sxEC/

Files

Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (1).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (2).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (3).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (4).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (5).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (6).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (7).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (8).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (9).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (10).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (11).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (12).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (13).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (14).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (15).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (16).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (17).jpg
Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam (18).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Program Sentuhan Kasih Ramadan 1447H di Surau Al-Ansor, Shah Alam,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 10, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1985.

Output Formats