Cadangan Penyusunan Semula Kampus UiTM di Selangor bagi Pengoptimuman Perbelanjaaan Pengurusan
Title
Cadangan Penyusunan Semula Kampus UiTM di Selangor bagi Pengoptimuman Perbelanjaaan Pengurusan
Subject
Penyusunan semula kampus UiTM, pengoptimuman kos operasi, pembangunan Kampus
Description

Untuk mengoptimumkan keperluan belanja pengurusan jangka panjang, UiTM sedang merangka pelan menyusun semula keseluruhan kampus UiTM seluruh sistem. Tumpuan diutamakan kepada serakan kampus UiTM di negeri Selangor.
Alhamdulillah Khamis lepas, team UiTM dijemput membentangkan Cadangan Pelaksanaan Projek Puncak Alam Fasa 4 dan kedudukan kampus Sungai Buloh, Selayang, Puncak Perdana dan beberapa tempat yang lain yang menjadi tanggungan besar kepada belanja operasi UiTM.
InsyaAllah cadangan ini melibatkan Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Filem, Teater & Animasi, Fakulti Sains Maklumat, Fakulti Pendidikan, HASA Fasa 2, serta kemudahan sokongan dan kemudahan pelajar di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.
Terima kasih kepada Datuk TKSU Pembangunan dan team KPT atas jemputan dan peluang ini, terima kasih juga kepada TNC Pembangunan dan team, Rektor UCS, wakil Pejabat TNCAA, Pengarah HASA, semua Dekan-Dekan yang telah hadir bersama memberi justifikasi keperluan masing-masing.
Alhamdulillah, kita diizin untuk meneruskan membuat cadangan ini ke peringkat seterusnya, sama-sama kita doakan usaha ini dipermudahkan dan direzkikan yang terbaik untuk kita semua di UiTM, amin.
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Cadangan Pelaksanaan Projek Puncak Alam Fasa 4 dan penstrukturan kampus UiTM di Selangor
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Jawi)
Type
Social Media Posting ( Facebook), Institutional Update
Coverage
Selangor, Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1G4UgPBKv6/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Cadangan Penyusunan Semula Kampus UiTM di Selangor bagi Pengoptimuman Perbelanjaaan Pengurusan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed June 10, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1983.
